Kamu memang manis
Kadang-kadang bengis
Ada masa senyum sinis
Ada ketika sendu tangis
Kamu memang lucu
Buat orang menyenangimu
Adakalanya rajuk muncung
Buat si dia pujuk pancung
Biar apa-apa pun orang bercakap
Tak pernah kamu sentap
Relakan akal tak mahu menyirap
Dalam terang dan gelap
>>>
Keutuhan dirimu dalam mengejar waktu
Tak payah kumarah untuk hormat ibu bapamu
Kerana telah kuberitahu awal dulu
Mereka terlalu memerlukanmu
Sebelum mata bertukar layu
Kerjayamu bukan penentu masa depan
Harta dan jawatan takkan beri bantuan
Hanyalah daripada Tuhan sebagai pinjaman
Tak guna kekayaan jika tiada keimanan
Takkan temani jalanmu ke kuburan
>>>
Bukan aku tak tahu
Bukan aku tak mahu tahu
Kau sengaja tak tahu malu
Jangan rayu kekasihku
Jangan ganggu kekasihku
Nanti aku jadi cemburu
>>>
Kiriman pada awal pagi
Menyatakan kau mahu berjumpa
Di tempat yang tidak selalunya
Lemah bicara bibirmu tergagap
Ada risikan datang hinggap
Di rumahmu semalam
Nukikan Suffian Ismail Hamzah