TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Sonian Jiwa

1/ Rohani menjerit
ketika jiwa
terkeliru
kecewa

2/
Mencari dimana
arah sebenar
kehidupan
akhirat

3/
Dalam kesamaran
mencari tuju
jalan hidup
bertuhan

4/
Keinsafan diri
dalam mencari
jalan pulang
bertaubat

5/
Jiwa yang merana
kembali kuat
redha dalam
syukur.

Zuraida Dewi
Kulim.

>>>

....berikan aku sebuah senyuman....

Memandang wajahmu
aku pilu
kerana di wah itu
seakan tiada rasa
hambar

Berikan aku sebuah senyuman
seperti dulu
semangatku untuk hidup
gembira.

Mengapa hilang segalanya
hanya kesilapan sedikit
hilang senyummu untukku.

Berikan aku sebuah senyuman
untukku ada kekuatan
memohon kemaafan
darimu.

Zuraida Dewi
Kulim.

>>>

..Kecewa...

Aku kecewa
kerana padi yang ku tanam
tumbuhnya lalang
tertipu aku
kerana manisnya bicara
bagai menanam tebu dibibir.

Melihatmu berdua
hati terluka
kecewa terasa
mengapa..

Biar ku bawa lara
hati pilu
sendiri.

Zuraida Dewi
Kulim

>>>

..Aku Ada Kamu....
Benar
aku sering bersendiri
dalam hari-hariku
hanya sepi
Dan
kesunyian sering aku lagukan
agar terhibur hati.

Namun aku ada kamu
tidak ku kesali
walau aku tetap bersendiri
sedangkan kau ada disisi.

Kerana
irama puisi sering berilham
pada hati
membuat aku tersenyum
dalam kesepian
tidak terasa lagi.

Zuraida Dewi
Kulim

>>>

Malam kian sunyi
seram sejuk seluruh badan
belalang galak berbunyi

Mencari mana arah
cicak pula melibas ekor
tap..tap..tap.

Seram aku rasa
belalang asyik berbunyi kuat
cicak memberi isyarat.

Hendak lari rasa
tapi mana arah tujuan
dalam rumah sendiri.

Biar meraka berbunyi
dengan seram sejuk ini
aku menulis puisi.

Zuraida Dewi
Kulim.

<<<

... Ajarikan Aku Sepatah Ayat...

Masih menanti
teguranmu tentang aku
ajarkan aku walau sepatah ayat
kerana otakku beku
keliru.

Ajarkan aku walau sepatah ayat
untukku buat semangat
dalam cabaran ini.

Biarpun siapa kamu
ajarlah aku
kerana aku cinta seni
puisi ini.

Zuraida Dewi

>>>

Perasaan

Mengapa selalu
hati teringat
arwah dia
merindu.

Nukilan Zuraida Dewi

Tiada ulasan: