TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Jumaat, 11 Mac 2016

Kembara Menyatu

Jauh kembara membelah laut
mengapai cinta yang kian terpaut;
Namun inilah suratan antara kita
salah satunya 'kan berputih mata.

Tidak mungkin ada dua tiga
dalam menyatu hubungan berlaga;
Jika bersatu maka satulah jadinya
pasrahlah andai hilangnya nyawa.

Seboleh cuba menyiapkan ilmu
agar menyatu diri denganmu;
Namun berulang kali kufikir
apakah nanti aku 'kan mungkir?

Ya Allah
andai tidak layak diri ini
maka ampunilah hamba ini

- Dhamah

>>>

Dalam lirikan
Merenungi saja
Dalam pandangan
Memerhatikan gerak dan laku
Biarpun tersembunyi
Namun nampak ketara
Biarpun dikaburi seribu alasan
Hakikatnya nyata tak terlindungi
Walaupun cuba menafikan
Yang benar kan terungkap jua
Dengan auranya yang mempersona
Dari kejauhan terlayar dialam impian
Menjadi mimpi dalam lena

Slmat mlm semua BKL

- PesonaLirikan

>>>

PERMAINAN TAMAT

Panas cahaya malam
menusuk tepat dada
Di mana 'kan kulihat
butang yang harus ditekan

Langit bagaikan nangis
namun airnya tak direnjis
silap mendung tak menyapa malam
menyukarkan untuk dipadam
bahang panas membakar belukar

Masa permainan tamat
masa tak dapat ditambat
katakan di mana
penghujung apabila rumah
memanggil...

Silapkah menekan butang
pada malam tak akan jadi siang
silap mendung tak menyapa malam
menyukarkan untuk dipadam
bahang panas membakar belukar

Masa permainan tamat
masa tak dapat ditambat
katakan di mana
penghujung apabila rumah
memanggil kita semua pulang
menceduk kembali tingkah laku
yang dahulunya
membahangkan malam panas
katakan di mana

Masa permainan tamat
masa tak dapat ditambat
katakan di mana
katakan di mana

Panas malam membahang
izinkanlah mendung datang
menurunkan, menurunkan
air yang tak akan salah

- Dhamah

( BERAKIT KE LANGIT )

Tiada ulasan: