Dua pilihan satu keputusan
Bakal merubah segala-galanya
Satu pilihan tepat untuk mengembalikan
Keindahan dan warna-warni..
ianrush
>>>
.....bukan nafas yang membuat hidup tetap berjalan...
tapi ingatan.....
-Rumah Pusaka
>>>
DUHAI SAHABATKU
.
tengadahkan kepalamu..
ke langit indahnya senja..
tak perlu memejamkan mata...
senja yang lembut tak menyakiti...
akan pada pandanganmu..
.
untuk menikmati pelangi..
hasil anyaman NYA..
tujuh warna yang tergores...
disana adalah doa buatmu..
.
semoga Tuhan menjagamu..
memberikan kekuatan..
menebarkan rasa bahagia..
menupangmu seketika lemah..
.
moga tuhan melindungimu..
>>>
melangkah lah awak..
kearah destinasi yang baru..
menuju ke satu matlamat baru..
tanamkan semangat yang jitu..
.
atur lah awak..
langkah demi langkah..
untuk menggapai bintang di langit..
untuk mendakap rembulan malam..
.
bangkit lah awak..
dengan seluruh kekuatan..
yang tersemat didalam jiwa..
untuk mengejar impian mu..
sebagai seorang yang tabah..
.
berikan lah awak..
pada usaha..
pada kekuatan..
pada pengorbanan..
pada harga diri..
pada sikap jiwa..
.
untuk membentuk diri..
agar memjadi yang terbaik..
.
biarkan lah awak...
apa jua halangan..
apa jua dugaan..
yang menimpa diri..
tetaplah berdiri teguh
.
yang penting awak tetap..
dengan pendirian awak...
bersama adanya ALLAH..
di sisi awak selalu..
.
ianrush™
.
Dont stop at the top..
Touch the sky before your drop..
Let ur lips create a sweet smile
>>>
Merah obor dari pandangan mata
senja datang merahnya berlabuh dianjung dunia
cahaya mentari akan hilang terbenam
hilangnya berdetik perlahan-lahan
gelap akan memerangkap semuanya
>>>
DEWI TINTA@CERITERA
Dilaman maya ini tertera satu bingkisan..
Seakan ada bisik bayu angin petang ini...
Memesankan sebait cerita rahsia kota hati
Atasmu sang dewi tinta bermahkota jingga..
Berdendang lagu cerita sendaloka gaya..
Menerangkan akan manik-manik cerita..
Mewujud tiara kasih awan di gemawan...
Bersama melukis rasa bertaut sukma..
Kita sebait jiwa berjabat hati..
Dalam ruang hening di keheningan maya..
Menyulam rasa jadikan permadani suci..
Untuk sebuah tabir salam mesra...
Sementara angin petang tertitip awan..
Tetaplah ia berdesir di antara ulu hati..
Bahwasanya cerita takkan tergugat asa..
Biar kita luruh di buatnya...
>>>
10pp@HUJAN
aku sang hujan yang tidak pernah mengalah walau
kadang-kadang di benci...
>>>
CERITERA PETANG TADI.
biarpun butiran pasir di tepian bisa berubah
ombak itu tetap setia menghempas pantai.
bayu laut sentiasa berbisik
agar jangan pernah tuk berhenti mengharap
usahlah berhenti di pertengahan
kerana setiap usaha pasti akan ada hasilnya.
malam ini hujan renyai membasahi alam
lalu ku menghirup udara nyaman di jendela
ku luangkan masa melayari angan meja usangku
entah bagaimana
terlintas tiba tiba di benak ku
melayang memgingati kisah pertemuan tadi
pertemuan yang mengamit kenangan aku dan dia.
lantas jemari ini menitipkan bicara rasa
bicara rasa sering ku tulis.
sketsa cerita seketika dulu
cerita dia dan aku seketika itu...
hahaha
sudah puas aku berteka-teki
sudah puas aku meramal
sudah puas aku menjangka
ada iras iras..
mungkinkah itu dia orangnya?
persoalan demi persoalan bermain diminda.
membenam seluruh jiwa ini..
ermmm..
mungkinkah aku tersalah?..
kerana wajahnya seiras dia yang pernah ku kenali
malam ini aku beradu dikamar
tanpa sebarang harapan yang menggunung.
biarlah semua itu terjadi mengikut kehendak-Nya.
andai takdir tidak kesampaian.
aku redha.
kerana di setiap sujudku
telah ku titip namamu agar dapat ku gapai kemaafan
darimu.
[[ianrush@nota kechil]]
>>>
CERITERA@KAU DAN AKU
1/
masa,
kita didalam waktu,
membawa masing-masing kuasa,
kita gubah cerita.
~
waktu,
kita tak pernah membatu,
kita adalah aliran,
memecah diantara bebatuan.
~
suatu masa suatu waktu,
kita ada disana,
mengarang membuat sesuatu.
~
aku dan kamu,
antara masa lalu dan apa didepan,
selalu bertanya dalam diam...
2/
semalam
tertebar rasa
dalam kolam kenangan
membukam
~
esok
mencengkam asa
dalam igauan mimpi
terpuruk
~
semalam dan esok
ada hari ini menari-nari
yang ditinggalkan masa lalu
demi sebuah impian
masih samar.
~
aku dan kamu
diantara semalam, hari ini dan esok
tercari-cari jalan penentu..
Nukilan Ian Rush