Birai angsana berumput
Rumput berlalang
Lalang menjulang
Julangnya tajam
Tajam menikam
>>>
LANGSUNG TAK FAHAM
Bahaya duit di dalam api
Terbakar warna satu-persatu
Jadilah arang bertukar abu
Patahlah nilai retak seribu
Bagai daif pula bagi manusia
Nak direbut kekayaan beribu juta
Tapi maksudnya tidak berumpama
Mencantas duri tikam ke mata
Pendita dan ahli fikir
Ke sana dan sini sibuk mengukir
Mengukir kehendak oleh yang kikir
Kikirnya penjawat kepada yang fakir
Wahai insan yang berhati mulia
Buat apa nak dipeluknya kaya
Bukankah sementara hinggap di dunia
Bertali ribut buat yang berpoya-poya
>>>
Mengapa harus diam wahai abang
Takkan nak menung gila bayang
Bolehkah sendiri hanya memandang
Jika tak mahu lagi digelar bujang
Sabarlah dulu adik cantik
Jangan pula suka menggedik
Buat keputusan biarlah cerdik
Jika tak mahu orang mengherdik
Nak tunggu sampai bila
Kita dah berkawan sudah lama
Nak tengok saya kerepot tua
Nanti menyesal jiwa merana
Bukan kau tidak tahu
Belanja kahwin ribu-ribu
Hantaran pula seribu serta satu
Kalau berhutang hidup makan batu
>>>
Jalak Lenteng hai lagu Melayu
Nyanyian berulit bagailah sayu
Apa dikenang apa dirindu
Nasiblah orang siapa yang tahu
Aduhai sayang..
Jalak Lenteng nama pendekar
Bijak laksamana tiada ingkar
Hendak dirajuk hati terbakar
Membawa diri ke hutan belukar
Aduhai sayang..
>>>
Kasih yang ada bertaut jua
Alahkan sandiwara mainan dunia
>>>
Segala cinta yang kaumahu
Bukan milikmu seadanya
Semua bicara yang kautahu
Takkan bertemu sekatanya
Hijrah kamu ke arena yang asli
Dipetik sejarah wayang suci
Amarah kamu membuta tuli
Berdaging darah timbul benci
Cerah cuaca kamu mengendap
Bersuluh terang tak terlitup pundak
Hasratmu kubaca membikin dedap
Kalis dan larang adalah kehendak
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan