Engkau sering mengusik hati
Sering menyapa naluri
Tak serik menempuh duri
Dalam kesamaan kita
Nilai kasih masih ada
Buat kupercaya
Walau jalan tak berbintang
Sinar bulan tetap terbentang
Biarpun tidak berbilang
>>>
Terlalu banyak rasa cinta
Berat di awal ringan akhirnya
Menyambut cinta bukan sekadarnya
Pastikan dirimu sudah bersedia
Sebelum jalanan bertukar lara
Tak perlu ada putera kayangan
Serta cantik bunga larangan
Yang sulit dirahsiakan
Cukuplah terisi iman
Di hati dan fikiran
>>>
Tumbuh rapat pokok nangka
Jangan cepat tersalah sangka
Sakit hati sakit geraham
Dengar teliti barulah faham
Lilit rotan di batang berduri
Terlajak perbuatan tanggung sendiri
Pelawa makan masak tenggiri
Saya ucapkan selamat tengahhari
>>>
Apa makna menjeling dara
Jika tiada maksud dan niat
Tertumpah perasaan seluruh jiwa
Apa guna megah juara
Jika di minda ikhlasnya liat
Kepura-puraan berlumut jua
>>>
SYAIR DIAM
Indahnya sifat diam semesta
Kerana menurut akal berpelita
Rasukan amukan gelap-gelita
Buat kupayah berjalan sekata
Hanya mata melihat panorama
Remuk-redam singgah di sukma
Azab kecewa tidak beraroma
Waspada terhadap lencong irama
Apakah tafsiran merencanakan firasat
Mampukah dilawan bayangan sesat
Di sebalik ampuh sikap yang kesat
Lumpur peluh sendiri dikesat
>>>
KAHWIN PAKSA
Matahari berdebu di puncak awan
Kabut berangkai mengelabui rohani
Terangkum abu tak gemerlap rupawan
Cermin berbingkai pecahlah kini
Emas beraja laksana duri
Gemersik keintiman bak pautan akar
Budiman dipuja meranduk sendiri
Di tasik kezaliman dinginnya membakar
>>>
Hujan di Melaka turun seketika
Mentari merah terbit sedikit
Sekejap suka bertukar duka
Bumi yang parah dek ratanya bukit
>>>
HUJAN KESEPIAN
Kita mengerlipkan mata yang sama
Di dalam lingkungan hijau alam
Juga pekat malam yang dingin
Peralihan masa yang begitu cepat
Membuatkan aku terajuk seketika
Kerana kepergianmu aku syahdu
Sekurang-kurangnya aku dapat
Memeluk tari sifatmu yang jernih
Serta dua pasang tangan erat
Merangkul azimat kasih ini
Membawa sunyi rintik-rintik
Basah ke fitrah naluri
>>>
Kadang-kadang kita terlepas
Penat dan letih menyangkul urat
Oleh kesibukan saban hari
Sehingga teja dah jadi merah
Sepayah mana pun diari hidup
Kenyataannya masih di dakapan
Hanya DIA yang Maha Memberi
Segala ihsan dan simpati
Bukan manusia yang sering rugi
>>>
Jika dahulu sinarnya terang
Kurang kecewa meresap riang
Kini berlalu waktu sebegitu
Mencanai rindu berombak selalu
>>>
UNTUNG ORANG MISKIN - BAJI
Pabila suria tunjukkan rupa
Semua bersiap mengejar bahagia
Hinggakan yang di atas
Tak sedar terlupa yang di bawah
Yang si miskin terus bergelut
Meniti hidup
Si miskin terus merintih
Untung hiburan
Ataupun dia halus menyindir
Yang selalu merasa
>>>
Langit menjadi gelap pada hari ini
Tetapi tetap biru di hati ini
Damai awan kalbu yang tercerai
Adalah keajaiban suratan NYa
Hiduplah semua janji indah
Sebagai termakbulnya doa terdahulu
Namun hancur hatiku
Melihat kau mengalihkan senyuman
Manis di saat-saat berdua
Tak lagi ajaib kebenarannya
Langit dan hati dah jadi satu
Satu warna dalam fenomenanya
Iaitu gelap kelabu bagai hilang maknanya
>>>
Sekilas senyumanmu
Mengembalikan memori
Terbentang dalam ingatan
Tika bersendiri
Sunyi
>>>
Aku bukan pungguk
Kau bukan bulan
Kasih tak tertangguk
Sekadar teman taulan
Buat macam biasa
Seperti kawan-kawanmu
Aku tidak selesa
Bila ditenung kamu
Aku sudah berpunya
Jauh di desa
Maaf segala-galanya
Suratan Maha Esa
>>>
ANTARA CINTA DAN KASIH - AISHAH
Tiada kumenduga
Setelah sekian lama
Aku sendiri menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan airmata
Kau belaian di jiwa
Genggam erat tanganku
Membuat aku terharu
Keihkhlasanmu
Sungguh mengusik emosi
Dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Dan kini kauingin
Aku membelai di jiwa
Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Oh sayangku
>>>
Terconteng mata tercontenglah hati
Terus sampai kepada perasaan
Hendak dilukis semula
Ambil masa
Entahkan setahun entahkan sekurun
Kerana zaman bersilih ganti
Yang baru datang
Yang lama pergi
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan