TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Mencari diri
Menerawang aku di awangan
melayan perasaan
mencari sebenarnya diri
siapa aku...

Dalam setiap langkah
aku tidak ingin rebah
mencari diri
dalam mengejar redha Ilahi...

>>>

Aku Tidak Sempurna
Aku bukan yang sempurna
sering ada salah dan silap
dalam menuju yang abadi
mencari redha-Nya.

Setiap hari dan ketika
berlalu tanpa ada jawapan
jika alpa hatiku.

Dengan kekuatan diri
aku mencari kekuatan hati
dalam iman
menuju hakiki.....

Tanpa kesempurnaan
itu lebih menyedarkan aku
pada hidup sebenar seorang insan.

>>>

Merajuk..

Usah merajuk lagi
hanya kerana secawan kopi
tidak ku tahu
itu kesukaanmu
maka ku minum kopi itu.

Jangan merajuk lagi
sudah ku bancuh kopi ganti
minumlah sepuas hati
bersama biskut merry.

Kau tersenyum hatiku riang
merajuk hanya kopi hilang
jangan lagi biar terhidang
nanti orang lain datang.

>>>

KAU DAN AKU

Atas nama kawan
berkongsi rasa
tanpa ada
cemburu.

Selalu bergurau
kadang tersasar
dalam kata
terluka.

Membina ikatan
persahabatan
penuh warna
ceria.

Nukilan Zuraida Dewi

Tiada ulasan: