PERJALANANKU TERHENTI
DI JENDELAMU
Terhenti perjalananku tatkala tatap mata tersangkut di jendelamu
seakan ada tanggis yang kau sembunyikan tanpa aku tahu,
sedang semalam katamu beda di mana
akan melepaskan aku tanpa tuntutan rasa.
mana jati arjunaku yang tegar
senyumlah bibir menawan
binar sendumu merayu piluku
seakan salah menumpuk di bahuku.
setinggi apa pendakian kita
tanyamu, sedang kau tau bagaimana cinta kasihmu
yang lama mendiami hati
namun kerana jawapan semalamku telah membuat
semuanya berubah.
terlalu payah untukku menafsir
balasan apa yang lagi mengucah rasa
yang akhirnya membuat hati kita terpisah
JAWANIS@NOR AZAH BAHRIM
Senibong, JB
2901106-2:25am
Nukilan Jiwa
>>>
GETAR SEMALAM
Rindu menggamit ruang hati
pada senja ku berpesan
mengingat akanmu
pada cerita kita
di gemingnya senja
getar rasa mulai menerpa
ada yang lagi mengirim khabarnya
JW-16
>>>
Ku sapa rindu
kala mentari turun panasnya
hujung intai titipkan khabar
tetuang kasih lewat
tatapku dalam diam
Assalamualaikum
Selamat malam sahabat2 ACP..kk wanis kembali..
maaf kabur terus bbp hari letih dengan tugasan sekian
malamnya harus bumbum terus..
JaWanis
01032016
>>>
PADAMU JIWAKU
Dalam diammu
kau luluhkan rasaku
oleh rindumu yang tak pernah pergi
mewarnai igauku.
harus ke mana
untukku tuangkan saratnya,
sedang jauhnya kita
yang tak memungkinkan
semua terlaksana.
padamu jiwaku
cuma kau teruntuk buatku
tiada yang lain.
JAWANIS@NOR AZAH BAHRIM
Senibong, JB
29022016-2:05am
Nukilan Jiwa
>>>
Di tempat ini di ruang ini
Aku jadikannya markas.
Untuk aku menconteng kertas.
Bercerita ingin ke atas.
Seperti burung terbang bebas.
Aku ingin keatas sana?
Kamu tak mahu bersama?
Disana nanti,
Kita cuba bina pelangi.
Biar dibawah,
Ceria hati memerhati.
Kalau nak ikut,
Kau kena berjanji.
Air mata kau tinggal disini.
Aku tak nak kau membasahi.
Yang dibawah nanti.
Sekarang buat pilihan,
Biarkan aku terbang sendirian.
Atau...
Mahu bersama cipta kenangan.
>>>
SAHABATKU
lap air matamu
usir kesedihan yang meneris
jangan biar ia mendiami hatimu
bukan cuma temanmu yang bisa membahagiakan.
mungkin luka ini langkah awal
untuk sebuah tautan
yang lebih indah buatmu.
jangan pernah berlama menggengam pilu oleh rasa
yang pernah menaungi hati
andai impi bukan seperti di janjikan.
Teruslah melangkah, pandang seluasnya langit
banyak tebaran nikmatnya menanti
sejauhnya mata memandang tiada henti lorong
kebahagiaan.
Ya, cuma DIA sahabatku
cinta DIA yang tak pernah memberi pilu dan luka
tetaplah tabah oleh cubitan duga
JW-04032016
>>>
CINTA YANG PERGI
BUKAN LAGI AKU DI HATI
Melangkah pergiku dari angan indahmu
bukan untuk kembali sekali lagi
setelah patah yang kau ukir temu
dalam ruang hati yang berkali-kali.
Adalah aku riangmu yang dulu
tidak lagi meniti rindunya
oleh pilu yang mencuri isinya
akan janji palsu menambah kelu.
Adalah aku kasihmu yang sampai waktu
terlerai janji mengutus duka
tanpa sempat meraih bahagia
kerana duka mendahului tiba.
JAWANIS @NOR AZAH BAHRIM
Senibong, JB
03032016-9:49pm
>>>
Menjengah jendela rindu
saat mentari sudah meredup di langit kita
masihkah rindu kita ranum dituaian perdu
atau berkurang rasa oleh semalam tanpa cerita
berharap masihnya rindu menghangat
sebanyak kenangan indah yang sarat
jangan hendaknya lupaku tidak diingat
ukwah terjalin moga saling ingat mengingat.
JaWanis
Senibong, JB
02032016-5:33pm
Nukilan Jiwa