BICARA HATI
-
menahan rasa seketika
biarpun ada beribu bait kata ingin ku bicarakan
-
namun rasa itu
bagaikan terkunci erat dengan manga
yang akhirnya hanya berbunyi di hati saja
-
menahan rasa bukan untuk sekali
tapi berkali-kali
hanya untuk kebahagiaanmu..
-
ianrush™..
catatan rasa dariku..
>>>
SEBUAH CATATAN RASA@KAMU
-
waktu itu..
kamu sedang lalui lagi kan..
-
indah kan kehidupan ini..
maka tak perlu sendiri begini...
-
dalam hati tuh kalaulah..
pertemuan itu tak berlaku..
-
sudah tentu tak mungkin..
kamu akan merana hari ini..
-
sudah tentu tak akan ada..
air mata yang mengalir di pipi..
-
kenapa awak??
tercekik dek rasa terkilan..
-
yang mendalam di lubuk hati...
menjerut resah dalam dada..
-
hurmmm.. awak oo awak..
kenapa diam sahaja awak..
-
kenapa awak termanggu??
punya perasaan lagi atau tidak?..
-
awak oo awak..
jangan biarkan jasad tuh
hanya yang berlegar-legar
-
sedangkan fikiran kamo
hanyut dalam kenangan
-
awak oo awak
tentu kau merasa dikejami
dengan insan yang kamu sayangi..
-
bila kamu terpedaya padanya
menutur kata terlalu indah.
-
lalu kamu khayal hanyut
di dalam ungkapan cinta...
-
terlalu jauhkan awak..
di pukul gelora laut hitam
-
hingga terdampar di tepian pantai..
tepian pantai cinta yang tak bernama..
-
dan kenapa awak cuba berpaut
pada dahan kasihnya yang rapuh..
-
sedangkan kamu mampu berlayar..
berlayar sendirian melawan rasa
-
nampak kan ungkapan ku mudah
apa pun frekuensi kita tak sama...
-
ianrush™..
sebuah catatan rasa..
>>>
JUTAAN KEMAAFAN@PUISI PANTUN
seketika ku duduk di meja usang ini..
ku merenungi cerita kisah semalam..
cuba tuk mendamaikan hati yang resah..
akan tingkah yang tidak jelas lakunya..
/
bagaikan serunai pagi ditiup indah..
sayup sayup mengalun irama hati..
apakan daya kolam hati rasa gundah..
lantaran pesona yang menyucuk ini..
/
dan terkadang aku tertanya-tanya..
akan persoalan demi persoalan..
yang menerjah di ruang mindaku..
tuk mencari jawapan tetapi tetap kabur..
/
bagaikan awan mendung yang sarat...
tinggal waktu untuk memuntahkan isi..
tertanya tanya akan waktu memberat..
lantaran kotak minda masih lagi sangsi..
/
awak maafkan aku andai aku yang bersalah..
awak maafkan aku andai ku melukai hatimu..
ku hanya insan kasar yang kurang budi pekerti..
kadang terkhilaf tanpa sengaja....
/
dan seandainya kau terguris terasa..
ku pohon jutaan ampun maaf darimu..
agar salah silap dihati itu tidak tersisa..
sungguh tak terlintas ingin melukaimu..
/
habis kata terangkai untuk membuatmu..
kembali mengingat semua apapun janjiku..
aku mohon dengan sangat kepadamu..
kembalilah... kembali lah padaku...
[ianrush]
>>>
air dikali sejuk sekali
nak mandi mengigil gigi
terasa malas pulak dihati
baik aku masuk tidur lagi..
air dikali sejuk sekali..
empuknya duhai tilam bantal
tengok jam masih awal lagi
haizz baik aku layan mata gatal
air dikali sejuk sekali
mata layu termimpi mimpi
alahaiz mak oii dah tengahari
alamat boss bising telinga ini..
>>>
EPILOG@PERKASIHAN
#1
ku melihat
burung berkicau gemersik berlagu
bersiulan rindu berdendang syahdu
kususun kata-kata sayang untukmu
agar kau tahu akan rasa rindu hatiku..
#2
setiap hari
rasa kerinduan kian semakin dalam
semakin hari semakin mencengkam
bagaikan bunga cinta indah disulam
untuk ku hadiahkan tika tiba malam..
#3
tika musim
semakin hari semakin tiada terkata
akan rasa rindu ku mengemas cinta
agar kasih dihati takkan ada luaknya
dan hanya kata-kata peneman setia..
#4
saat terdera
telah ku kirim mutiara permata hati
harap rindu bersarang dapat diubati
bersama bicara kasih yang ku cintai
tuk buat kenangan bila ku tiada nanti..
#5
seketika ini
kata senandung indah di petang hari
telahku sematkan tuk tanda ku kasihi
agar cinta ini akan kekal abadi di hati
moga ia terus ada hingga bersemadi..
>>>
Di taman ini..
di laman tinta ku berbicara
ada sebait cerita ada sebait kata
jemari biasa ku ingin berbahasa
Di sini
ada kepak kepak remang senja
terbang ke arah renyainya hujan
membasahi alam permai di kalbu
Di sini
di antara daun - daun sepi
ada patahnya dedahan harapan
yang disambar petir perjuangan
Di sini
kau aku tambat ditiang resah
berdiri di antara tetiang tabah
berhampiran sepasu bait doa
Di sini juga
ada menitis bait kenangan
dari kuntum bunga ingatan
ke hamparan pasir basahnya
Dan di sini juga
ada sehabis pertabahan
dalam setimba keharusan
yang tertetap di hati dan jiwa.
>>>
puisi berpantun (percubaan)@TAKDA TAJUK
Pelam bidara batangnya rapuh..
Patah sedahan muda dan carik..
Salam semesra ku pandang jauh..
Mudah-mudahan semua baik baik..
Tika ini di saat-saat tertentu..
Terkadang dalam kepala ini..
Tiba-tiba melintaskan kata-kata...
Namun..
Belum mampu ku merangkainya..
Menjadi sesuatu yang terteguh..
Maka untuk itu..
Ku simpan dalam halaman..
Sketsa dalam kata bicara ini.
Menanti malam senja berlabuh..
Keseorangan diri di malam sepi..
Hati di dalam teruja sungguh..
Angankan puteri di dalam mimpi...
Mungkin kita memang perlu..
Untuk tetap berjarakkan asa..
Agar senantiasa tersisa ruang..
Pada rindu di setiap jejak cinta..
Namun kita masih bertahan..
Dalam pusaran angin musim..
Yang sentiasa mengirimkan getar.
Malam gelap terangnya cimni..
Andang berabu tiada berguna..
Dalam mengharap hanya di sini..
Pandang syahdu tiada pesona...
Dan kita pun masih setia merenangi mimpi..
Yang tak pernah sampai menjangkau pagi..
>>>
Salam Rindu Salam Sayang..
cahaya pagi
memasuki celah celah jendela.
menyapu wajah berbisik sejuta cinta.
tersenyum ku akan bicara sebelumnya.
bicara semalam.
yang mempersonakan lena.
terulik pelukan rindu membuai.
hingga mimpi membawa ku dinihari.
bayang wajah.
saling bersilih ganti di hati.
bersama manisnya bisikan rindu.
dan sayang yang telah dikalimahkan.
.......cinta ini membahagiakan dan cinta ini menceriakan
hati.....
pelukan cinta ini.
terasa hangat bagaikan suria.
dan ingin berlari lari tuk mencapai.
tetapi apakan daya kaki terikat di sini.
hati ini penuh impian.
bahkan harapan meninggi gunung.
tetapi keyakinan tetap terpahat jua.
agar kita dapat bersama juga nanti.
>>>
wahai sayangku..
tunggulah sekejap
-
cubalah pandang aku di sini
yang setia menanti mu
-
walaupun kau tusuk berkali-kali
dengan kata kata sakti berbisa
-
tahukan kau sayangku
aku tetap memaafkanmu
-
walau apa aku kau katakan
walau setiap perbuatan
-
ada menghiris perasaan
kerana rindu di hatiku
-
telah lama ia bersatu
didalam sanubari hatiku
-
tunggu sekejap sayangku
tunggu aku lorekkan
-
AKU RINDU DAN SAYANG KAMO
di dada di hatimu...
-
[[ianrush™]]
sebuah catatan hati buat mu disana. hanya untuk mu...
>>>
TERMANGGU
termanggu aku sendirian disini
berdiri di hujung-hujung waktu
namun ku tak mampu tuk kembali
biarpun telah ku cuba tuk berlari-lari
lalu ku disini termangu disudut kelam
bersama jiwa-jiwa ku yang tersesat
dalam meringkuk gigilnya tanpa upaya
ku cuba ingin kembali segera berdiri
tuk terus berjalan bahkan berlari-lari
namun jasad ini
longlai seakan tanpa sebidang isi
lumpuh tak mampu berpaut tuk diri
ku sedar akan rahmat maha suci illahi
yang menjaga jiwa tuk terus tetap tabah
pada harapan dan asa-asa yang terbina
yang menjaga hati agar terus bertahan
pada raga dalam liku liku perjalanan ini
kini hanya keyakinan tersemat dihati.
pada ayat-ayat yang membina jati diri
bahwa tuhan hanya ingin menguji
akan ujian yang mampu di hadapi
tuk mengukur sabar yang tersemat
dihati-
ianrush
~notakechil
coretan rasa buat notakechilku DIS2015
>>>
Bunga lalang melintas lalu
terawang dibawa bayu
melayang dihembus angin
terlakarlah satu kisah
perjalanan perlu diredah
entah di mana singgah…pasrah
kemandirian tanpa gugah
tiada yang menanti
tiada yang mengharap
namun perjalanannya bermakna
bagi mereka yang cakna
ianrush
-notakechil
>>>
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
-
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
-
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
akan ku tunjukkan lah di mana
-
Ruang hati untuknya
Yang masih belum di huni?
-
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
-
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
-
Tiada pengganti bisa hadir
Dan mampu menyembuh
-
Rawan di hati meleraikan
Semangat ku runtuh
-
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
-
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
-
Kini....
Aku hilang di dalam gelita kalbu..
-
ianrush™...
catatan rasa....
>>>
kamo seorang wanita
yang terbiasa dengan tangisan
-
adakalanya kamo menangis
kerana rasa amat bahagia
-
adakalanya kamo menangis
kerana rasa amat berduka
-
adakalanya kamo menangis
kerana cinta yang terluka
-
adakalanya kamo menangis
kerana sepi dan sunyi
-
apa saja yang kamo rasai
biasanya tangisan menemani
bukan kerana emosi
atau pun sakit mental
cuma ia adalah curahan rasa
yang menenangkan jiwa
-
kamo seorang wanita
yang terbiasa dengan tangisan
bukan tanda kamo tuh
lemah ataupun tak berdaya
kerana selepas tangisan kamo
kembali kuat dan berdaya....
-
ianrush™....
catatan untukmu teman....
>>>
Cinta..
Engkau datang
Hanya seketika
Dengan kerlipan
Memukau rasa
.
Cinta..
Engkau pergi
Tinggalkan mimpi
Tinggalkan sepi
Di hujung jalan ini
.
Cinta..
Engkau pernah..
Buat hati keliru..
Namun peliknya
Kau jua yang di puja..
.
Cinta..
Kini sendiri
harungi terus mendaki
Puncak yang masih tinggi
.
Cinta..
Kini dia sendiri
Dengan hati di gagahi..
Walau tanpa kau di sisi..
.
Cinta...
hidup tanpa kau..
Hati jadi sepi..
Diri jadi mati..
hilang rasa..
.
Cinta..
Pada jiwa..
pernah kau beri..
Masih berakar umbi..
Mengiringi jalan sepi..
.
Dalam hidup ini ..
Nukilan Ian Rush