Hujan menemani hati
bagaimana resahnya menanti
mengharap ia pergi berlalu
meninggalkan kesan syahdu
pergi jua akhirnya
dengan lambaian tenang
tinggal tanda tidak berpesan
membenarkan riang sementara
usahlah terlalu lama
menghilang tidak dikesan
kerana kini hati rindu berpalu
mengharap menjengok kembali
hati mana tak terharu
terbakar resah mana khabarnya
segeralah hilangkan dahaga
kerana jasa itu tak bisa dilupa
rindu hati mencengkam jiwa pilu
>>>
keharuan terkadang kaku
fikir melayang entah apa
hanya bisikan yg teperhati
diam emosi malu sentuhan itu
Nukikan Is Ron Zules