Telah hilang sesuatu di sini
Telunjuk menunjuk kosong ruang lebar
Sempit dengan suapan berita yang hanya tentang
mereka
Jauh muafakat kunjung ziarah para pujangga
Lantas hilang segala sapa bunga mesra
Bagaimanapun semua itu tak jejas
Walau sendi-sendi merasa sengal dan kebas
Aku sedikit tidak merasa iri dan sunyi
Kerana saat ini telah kubukakan pintu hati
Meneroka ke alam aku yang kutahu bukanlah aku
>>>
Menuju ke suatu destinasi dalam hujan malam
Neon terang.. mata-mata mengintip pandang
Derai hujan yang jatuh menyentuh payung
Langkah kaki diatur menyusur jalan kosong melompong
Di atas mega terapung menyapa bayangmu
Sekali waktu aku telah jatuh hati padamu
Seraut paras yang berpadu dengan namamu
Ada hela nafas yang menenangkan
Ada langkah kaki yang terasa ringan kerana tau kemana
harus menuju
Ada senyuman yang paling tulus kerana tau ada sama
tempat tuju
>>>
di sini
cinta bertemu kasih
bersatu terpisah seketika
di sini
luruhnya musim kasih
tersenyum indah bersama
di sini
siulan keresahan menghambat pilu
dan selalu menadah gerimis
di sini
ada hakikat sebuah cinta
kasih sayang yang hakiki nan abadi
Mungkin
agak asing bagi kita di sini
tapi ia lebih selesa
aku tetap setia di sini
Nukilan Ibnu Amar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan