TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Ahad, 13 Mac 2016

Jauh kau mengelamun
Renungan menikam jantung malam
Kau sembunyikan sunyi di balik mata
Tenggelamkan resah dalam senandung cengkerik

Lalu bergemalah suara dari isi hati
Menjadi sesuatu yang tak berjudul
Oleh mereka yang dipanggil puisi
Nyanyian jiwa membelah rasa

- IbnuAmar

>>>

Telah hilang sesuatu di sini
Telunjuk menunjuk kosong ruang lebar
Sempit dengan suapan berita yang hanya tentang mereka
Jauh muafakat kunjung ziarah para pujangga
Lantas hilang segala sapa bunga mesra

Bagaimanapun semua itu tak jejas
Walau sendi-sendi merasa sengal dan kebas
Aku sedikit tidak merasa iri dan sunyi
Kerana saat ini telah kubukakan pintu hati
Meneroka ke alam aku yang kutahu bukanlah aku

- IbnuAmar

( BERAKIT KE LANGIT )

Tiada ulasan: