TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Jiwa hidup oleh kerana MU
Meminta belas ihsan yang padu
Seandainya redup datang bertamu
Dengan ikhlas mohon mengadu

>>>

Embun menitik..
Embun menitik sebelum hujan
Basahlah rumput tepian bendang
Laksana atap airnya bercucuran

Hati terusik..
Hati terusik setelah ditinggalkan
Jernihlah pipi dek airmata bercurahan
Umpama laut tiada pasang

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

...
Suka · Balasan · 8 hrs · Telah disunting
Nastasea Alea
Nastasea Alea 7

Teman
izinkan aku hadir dalam mimpimu
agar dapat ku luah rindu ini
ku tahu kau sedang bahagia
namun bahagiamu
atas hamparan air mataku
yang terluka.........

Zuraida Dewi

>>>

FAHAMI AKU DALAM CINTA.
Bagai luruh jantungku
saat ku tahu kecuranganmu
saat diri hanya di persenda
dalam cinta.

Fahami aku dalam cinta
hanya kesetianmu
aku pasrah pada kekurangan
aku hanya ingin kau fahami
erti cinta kita.

Biarlah berlalu
bila ku ingat hati pedih
bagai dihiris sembilu
cintaku bukan jadi gurauan
juga bukan murahan.

Andai ini sikapmu
tanpa memahami cintaku
aku rela kehilangan
dari diri terluka kau permainkan perasaan.

Zuraida Dewi
Kulim.

>>>

Mutiara cintaku
tanda kenangan
takkan hilang
dariku

Indah warna suci
putih berseri
menawanku
bahagia

Tanpa kau sedari
aku terharu
untuk kamu
cintaku..

Zuraida Dewi
Kulim

>>>

#sonian

Keranamu

Hadir seketika
mencurah rasa
perasaan
hatiku.

#2
Menyayangi kamu
di sudut hati
bahagia
ku rasa.

#3
Di sini terasa
ilham mencurah
keranamu
kawanku.

>>>

DETIK INI..

Detik ini
aku menantipesan yang dibawa ingin
darimu....

Malam kian sepi
namun tidak ku hiraukan
mata semakin layu
aku tetap menanti
di kamar sepi.

Ku pandang bulan
yang teran
mungkin ada pesanmu pada bintang yang berkerlipan
hampa..

Detik ini
akulah perindu
seperti pungguk yang tak pernah jemu
memandang bulan yang jauh
merindu..,sayu.

Zuraida Dewi
Kulim.

Tiada ulasan: