TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

" Cinta sentuhan rasa adalah dari hati dan itulah
hakiki kerana kasih dasarnya Ilahi itulah cinta abadi
yang sejati, cinta pasti di uji, kerana kekuatan sebuah
cinta akan merasakan sejauhmana kita menghadapi
setiap kehebatan ujian dariNya dan itulah undang-
undang sebuah cinta yg harus dilalui.. cinta itu
indah jika segalanya didahulukan mencari cinta
dariNya dan diakhiri dengan mendapat redha
dariNya.."

>>>

Jangan sombong menolak hukum,
rencana alam berpaut masa
Bila takdir mengetuk rasa,
kaku tadbir menepis kata.
bergegar bumi berbara dosa
sempatkah kita menghimpun jasa

Bila takdir menyapa diri
jangan di senda tazkirah jiwa
itu ujian dari yang Esa
menguji manusia seperti kita
yang gagal mengawal diri
berhujah tentang syurga dan neraka

Jangan buta hati kerana teknologi
jangan tuli pada akal dan naluri
pulanglah kepada asal yang memberi
kerana kita hanya hamba
sesungguhnya DIA lah yg Maha Pencipta.

>>>

Aduhai saying......
cinta kita bukan buta
kerana hati kita cukup mengenali
mengerti nilai setiap rasa
sekalipun adakalanya
hati kita ada terluka
namun kita maafkan
demi sebuah cinta.

>>>

Kuhadapkan wajahku ke Kiblatmu...Menangisi selaut
Dosa-dosaku...Ku Sujud Ke Lantai Bumi
Cintamu,mengalir Titisan Airmataku...Ku Didik Naluri
Cintaku,Mengerang Sakitnya Hatiku...Ku Pasrah
KetentuanMu,menjadi Pegangan Aqidahku...Ku biar
Diriku Lena,biarlah Diribaan Cinta & Kasih
sayangMU...Jadikanlah Aku,Keluargaku,Sahabat-
sahabatku AHLI SYURGAMU...Selamanya Diriku akan
menangis,Mengharap Belas Kasihanmu...Hinggalah
Tangisanku Berhenti...Dipangkuan KeredhaanMU

>>>

Bila rindu itu menyakitkan pasti cinta itu adalah
penawarnya, tetapi jika cemburu itu bukti tandanya
sayang, bimbang curiga membunuh rasa, andai melihat
cahaya itu indah pasti kerana warna pada kehidupan
memberi seri pada alam , andai pelangi terbentuk
kerana gerimis pasti keindahan warnanya menghiasi
awan, kerana yang terjadi pasti ada hikmah, sekalipun
sukar untuk diterjemah, kerana setiap ketentuan itu
adalah bukti kekuasaan yang Maha Esa, kerana aku
pasti kasihmu bagai cahaya di jiwa yang menerangi
disegenap ruangan hati, bahagiaku kerana adanya
dirimu, kerana dirimu ada anugerah yang terindah dari
Ilahi..

>>>

izinkan Aku mencintaimu dengan caraku.. walau ku tau
kita mungkin tidak saling memiliki, karena Aku hanya
rembulan dan kau matahari yg cahayaku sesungguhnya
berasal darimu.. Aku mengagumimu walau kau bilang
jangan dan Aku mendambakanmu walau kau bilang kau
tak pantas.. izinkanlah Akutetap mencintaimu walau
hanya lewat rindu dan doa untukmu..

>>>

kita telah membuka tempat² istimewa dalam hati kita,
di mana yg boleh datang hanya kau dan aku.. ikatan
hati kita ini tidak terjadi begitu saja, kita
membangunnya dari waktu ke waktu, hari demi hari,
dengan pengertian, pengorbanan, air mata, dan kasih..
aku tidak pernah ingin membiarkan kita saling
menjauh.. mungkin kita tengah menjalani arah yg
berbeda, tetapi itu tidak akan mengubah ikatan yg telah
kita miliki dan apa² yg ada di hati kita.. walau ada
jarak yg nyata di antara kita, namun ada suatu tempat
dalam diriku, di mana fikiran² tentang dirimu serta hal²
yg sudah kita lalui bersama tetap tersimpan hangat dan
aman.

Nukilan AQue SaMe