Berjalur meludah merata keliling pinggang
Tak tahu dicemuh rumput panjang-panjang
Lecur lidah hangus terpanggang
Bilakah sembuh sebelum telanjang
>>>
Dari Isnin sampai Sabtu
Sehingga tiba malam minggu
Sayang tunggu abang selalu
Tanpa jemu-jemu
Sering saja kaulukai
Hati yang sepi
Apakah tanda ini
Abang beristeri lagi
Sayang abang pulang abang
Jangan lupa anak isteri
Jiran tetangga asyik pandang
Sudah tak tahan kini
>>>
Tupai terbang lapar di sangkar
Tiada makan minum sahaja
Ke mana tuan nak minta kasihan
Hati yang bimbang kian sukar
Seakan-akan tak lalu dek baja
Iman melawan nafsu kepatahan
Apa guna tanjung yang harum
Sebagai junjungan di atas kepala
Hiasan sanggul layu jua
Apa guna benang dan jarum
Lekat di tangan sulam pun mula
Bukannya tunggul berenau mua
>>>
Ada pena dan tinta
Ada tulisan dan bacaan
Dek kerana puisi semesta
Dalam lisan pelbagai jelmaan
Adatnya kita berkarya halus
Ragamnya orang beri pandangan
Bermulanya mata ke hati yang telus
Rapatlah jurang bukan jelingan
>>>
Cinta yang bersih
Tulus dan putih
Khabarkanlah dunia
Kasih yang nyata
Yang diharapkan
Cinta tanpa seksa
Tidak bernoda
Bukan dosa
Kerana buta mata
Buta jiwa
Alahmu kepada nafsu
Sehingga akal kelu
Fasik ketika mencari
Kedapatannya rugi
>>>
Duhai kekasih pujaan hamba
Mengapa sepi tak ada berita
Apakah kau gembira atau hiba
Sehingga tak terluah kata-kata
Jika sedang nasibmu malang
Jangan diam jangan menghilang
Mari ke sini kughaibkan walang
Hatimu kupeluk kasihmu kujulang
Sentiasa ingat ALLAH yang satu
Pedulikan datang segala seteru
Kepada yang tua mohon restu
Agar terlaksana hidup yang baru
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan