TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

AKU KAU KITA@MALAM INI

Malam ini
ceritera semalam datang lagi
didalam kotak fikiranku
kenapa??...

Aku
hanyalah sebutir debu hitam
mengelamkan kemilau asa
mengapa??...

Kau.
tidak bisa menghindari angin
yang terhembus untukmu
mungkinkah??..

Kita
lalu terbang tinggi melangit
ada hanyalah kekecewaan
bagaimana??...

Malam ini
bagi hampa mengharap udara
yang tersayat disukma
adakah??...

Kerana
aku....... kau....... kita
debu hitam ditengah denai
mengharap hujan bersama bayu
membawa harap.
sayup?...

nukhilan rasa notakechil 09MARCH2016

>>>

temaram mega..
melangit membiru..
asa tergudah...
jiwa parah...
mata membasah..
tangan menyeka..
kata memerih..
pada sesuatu..
yang semu...
itu kamu...

>>>

kita sering berbicara
tanpa suara tanpa rupa
tapi tetap mesra
seolah olah kita berteman lamanya
kita sering berbicara
tentang alam
tentang ragam manusia
tentang hati dan jiwa
saling bertingkah
saling berbalah
namun sesekali tidak pernah
bermasam muka
kerana kita tahu
gurau senda,rajuk tawa
itulah perencah penambah rasa
dalam ukhwah yang tidak ada batasnya..

ianrush

>>>

....semilir angin kerinduan perih rasanya ketika hidup
menghadapi cubaan seperti jiwa yang rentangkan oleh
kenyataan....

>>>

senyumlah selalu
wahai bintang hatiku
walau hatimu di rundung pilu
di apit rasa pilu
hingga menitis air matamu

senyumlah bintang hatiku
lupakan cerita lama
andai ia menyiksa jiwa
andai ia buat kau terluka
senyumlah pada dunia
yang indah bercahaya
masih ramai yang menanti
sinaranmu yang indah sekali..

buka sayapmu
wahai bintang hatiku
jelajah di langit yang biru
rentas lautan bergelora
berlari menggapai pelangi
sambil di temani bayu menampar pipi..

wahai bintang hatiku
senyumlah seperti selalu
kerana
kau kan selalu
menjadi bintang hatiku!

ianrush

>>>

Lalu ku berbisik pada angin malam
sampaikan rindu ini padanya jua
cuit teguh hatinya merinduiku
biar rindu ini menyatu di angin lalu

Bernyanyilah hati padanya sepi
pasti dirimu seperti ku jua
kerana ku tau hatimu kasih
pasti kini...

Rinduku rindumu jua.....

>>>

Bila rindu sudah mendustai rasa
tiada lagi bahagia mengharum jiwa
bila cinta menjauh pada hayal indah
tiada lagi harap menanti sinar teruja

Mengapa cinta beralih arah
sedangkan janji bersimpul mati
mengapa mimpi berdusta warna
sedangkan pelangi memburu malammu

Jangan mengalah padanya rayu
mungkin uji cinta mengoda denyut setiamu
cinta tiada yang sempurna padanya insan
kerana cinta sempurna miliknya jua

Tapi,
Bila hatimu sudah jemu
pasti setiamu berlalu pergi
walau setiaku hanya padamu
pasti tiada pujukku menawan hatimu

>>>

SUBUH INI@JIWA.. HATI.. DIRI..

subuh ini
rasa sayuku dalam sujudku
segaris harap tangisku
untukmu Tuhan

subuh ini
usah pernah Engkau tinggalkanku
tiada berdaya ku tanpa-Mu
aku takut

jiwa ini
tersesat dibalik rasa hampa
berubah menjadi hitam
aku gentar

hati ini
akan berubah menjadi buta
cinta tiada berharga
penuh derita

diri ini
masih terlena dengan segala
disaat nuraniku tidur
menangislah aku

Ya ALLAH
Engkau lah sang pemilik jiwa ini
pemilik alam semesta

bangunkanlah hati ini dikala terlelap
gegarkanlah diri ini ketika terlena

gerakanlah tibuh dab jiwa ini
untuk memanggil asma'mu

Ya Allah Dzat Pemilik Alam Semesta..

>>>

Sinar mentari indah tiada dapat
menghangatkan cinta ini padamu
embun malam tiada pernah dingin
sedingin hati ini yang dipalung sepi

Bulan mana sinar bahagiamu
buailah malam-malamku ini
dengan bicara pujuk rayumu

Aku harap pelangi petang
dapat segarkan lemah lunglai
semangat cinta ini padamu
yang sangat mengharap hadirm

Hadir-hadirlah sayang
semaikan kembali sinar cinta
yang kau bina di atas keyakinanmu

ianrush

<<<

pagi ku..
terukir kembali

senyumku
nampak gigi

bicaramu..
seindah pelangi..

mewarnai..

Nukilan Ian Rush

Tiada ulasan: