TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Catatan Hari ini..
-
aku kembali lagi ke ruangan ini..
mencatat rahsia hati..
dan terus mencatat lukisan hati...
-
supaya hari ini..
akan terus menjadi sejarah..
untuk selamanya...
-
dan hari ini cuaca hati ini berubah lagi..
-
Hurnmmm.. Rahsia hati ini..
akan terus disini..
-
dengan jari-jemari
yang kian rancak menari..
-
mungkin aku ketawa dalam duka..
mungkin aku menangis dalam gembira..
mungkinlah...... aku tak pasti.
-
yang pasti rahsia hati ini..
hanya aku yang merasainya..
biarlah ia begini selamanya..
-
tapi salah akukah??.. hurmmm
-
hati ini terkedu lagi..
mungkinkah aku yang salah?
-
berharap adanya dia disisiku..
yang bisa menguatkan langkahku..
-
berharap adanya dia disisi..
yang membangunkan aku kembali..
-
salahkah aku???
untuk terlalu berharap..
pada dia yang seperti itu..
-
setiap detik..
setiap waktu..
setiap saat..
-
aku makin menjauh dari dia..
dan dia lebih jauh dari aku..
-
tetapi..
masih ada sejenak rasa dihatiku...
mengharapkan dia berpaling kembali menatapku..
salahkah aku untuk berharap??
-
apapun awak.. aku tetap gembira..
awak boleh hidup gembira tanpa aku..
awak boleh menjaga diri tanpa aku..
-
walaupun awak..
mungkin sudah tak kisah pada aku.
-
cuma aku berharap pada awak..
dapat mengenaliku dan mengingatiku lagi..
-
cukuplah awak dapat mengingati ku..
walau hanya sebaris namaku..
-
kerana bagiku..
itulah anugerah..
yang tidak ternilai dalam hidupku..
-
itulah mutiara..
yang paling berharga dalam perjuanganku..
-
kerana bagiku..
awak adalah kenangan terindahku..
kini dan selamanya..
-
terima kasih awak..
kerana awak pernah menjadi
sebahagian dalam hidupku...
-
terima kasih jua buat awak
kerana mengajarku erti
sebuah perjuangan..
sebuah persahabatan..
sebuah percintaan...
-
ianrush™..
notakechilku 22-05-10
Cuaca Hati Ini... Ada Hujan Rintik 2..

>>>

seuntai senyum terukir..
disudut bibir nan indah..
seindah mentari pagi..
yang cerah menyinari bumi..
~
rasa yang gundah dihati..
seakan lenyap hilang sudah..
disaat kamo menyapa aku..
dengan senyuman terindah ..
~
bahagia menampak diri..
menghilangkan rasa duka..
bagai tiada lagi rasa resah..
seolah hilang rasa gelisah..
~
yang selalu ada dalam impian..
yang selalu ada dalam lamunan..
yang selalu ada dalam keinginan..
kini dalam rasa yang aku miliki..
~
untuk sebuah pesona hati..
yang terukir di dalam kalbu..
menggapai hidup bahagia..
untuk kini dan selamanya..
~
SENYUMMU BAHAGIAMU..
ADALAH MILIKMU...

>>>

waktu yang berlalu
begitu mencengkam rasa
kerinduanku padanya
tak mampu ku rungkaikan dengan kata-kata
aku tidak mahu sendiri
dikala rindu mengetuk hatiku
kala malam berlabuh
hanya titisan hujan yang menemani

>>>

DENAI KEHIDUPAN@WAKTU

ku menghitung waktu
untuk aku pulang jalan-Mu
membasuh lumpur-lumpur hitam
di alam nyata denai kehidupan
dan ini bukannya garis tanda ku
di liang hamparan yang berlalang
di antara nyanyian angin pilu
yang mengusik rajuk hiba
lalu aku pun mengenggam asa
tuk menyentuh bibir-bibir luka
sambil hati ku menyapa
dalam kesucian yang benar...

catatan rasa nota kechil 060316

>>>

Dia yang datang di tengah gulungan ombak, membadai
datang merobek pintu hati tanpa ampun...

>>>

YANG JAUH@MENGEJAR

kadang-kadang ada orang mengejar
yang jauh tanpa tahu
dia telah meninggalkan yang dekat
terkial-kial berharap dihujung embun
setelah menoleh dia faham yang dekat
pada akhirnya menjadi jauh...

Nukilan Ian Rush