TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Air di kali sejuk sekali
Namun ia segarkan badan
Semakin rindu menyeksa diri
Rasa sedih tidak tertahan.

Air di kali sejuk sekali
ku siram ke tubuh perlahan lahan
Mengapa di biar aku sendiri
Tidak sanggup bila berjauhan.

Air di kali sejuk sekali
Buat aku tidak tertahan
Jika akhir cinta begini
Biarlah kita berpisah haluan.

Air di kali sejuk sekali
Hendak di angkut untuk basuhan
Biarlah aku hidup sendiri
Dari berteman tapi sendirian.

Zuraida Dewi

>>>

Semakin resah hati
semakin aku ingin terus bermimpi
kerana aku tidak ingin kehilangan
cukuplah dalam mimpi kita berpegangan tangan.

Aku tahu
untuk membina cinta sejati
tidak semudah janji
namun aku tidak peduli
kerana aku menyayangi.

Andai hatimu
benar sudah tiada cinta lagi
jangan kau musnahkan mimpiku ini
Aku ingin terus menyulam rindu
walau ku tahu kau semakin jauh
meninggalkan aku.....

Zuraida Dewi

>>>

Bila bumi mengamuk
bila laut bergelora
dan bumi merekah seakan meleoas marah yang
membuak
Dan gunung berapi
melepaskan laharnya
tika itu di mana kita hendak berpaut?
Mana rumah bak istana
mana bangunan tinggi mengawan
mana kereta yang menjadi kebanggaan,
mana, manakah semua yang di banggakan itu?
Pasti bumi ketawa
angin bersorak
laut dan seisi alam ketawa
pada kebodohan
pada mata yang celik
tapi tidak melihat
pada telinga yang mendengar tapi tuli
pada akal untuk berfikir
tapi sombong
pada hati untuk menilai tapi di tundukkan nafsu.

Saat itu, apa yang mampu kau berpaut?
Astagfirullahaldzim yang bergema saat itu hanya
meminta pengampunan
tapi dunia wujud hanya sekali
penyesalan selalu datang pada pengakhiran.

Nukilan Zuraida Dewi