TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Berikan aku sedikit waktu,
agar aku mampu membahagiakanmu
walaupun sedetik cuma.
Izinkan aku hadir dalam hidupmu
membasuh setiap kelukaan dan kesedihan diwajahmu.
Luangkan walaupun sesaat cuma masamu untuk
bersamaku,
agar mampu akuaku berikan perhatian dan kasih
sayangku padamu.
Aku ingin melihat dirimu bahagia
bangkit dari kekecewaan terdahulu,
agar aku mampu melihat senyum dan tawamu
kembali menyerikan wajahmu.
Berikan aku perluang berada disisimu,
agar aku mampu menemani disaat kau memerlukan
seseorang untuk meluahkan rasa hati.
Biarlah aku sentiasa dihatimu,
agar kau sentiasa menginggatiku dan merinduimu.
Aku ingin kau merasai nikmat disayangi,dirindui dan di
manjai
ini kerana aku ingin kau tahu aku terlalu mencintaimu,
terlalu memerlukanmu dalam hidupku untuk menemani
setiap saat hembusan nafasku.

>>>

Langit adalah atap yang menyimpan banyak kosa kata
yang tak terungkap dan malam adalah jendela yang
membentang untuk membaca segala rahsia dan
membuatku selalu mengingatmu dalam sedar dan
lenaku…

>>>

maafkan aku cinta
kerana cinta aku buat kau merana,
menanggung rasa cinta
yg wujud dalam jiwa

maafkan aku rindu
kerana rindu aku buat kau gelisah,
menahan sakit menanggung rasa
rasa pada hembusan cintaku
yang menyapa hati buatmu

maafkan aku cinta,
kerana cinta diantara jiwa-jiwa
tercipta satu cinta
dan cinta itu adalah milik
cintamu dan cintaku

>>>

ketika dunia telah membuatmu terlalu lelah untuk bisa
terlelap, ketika rinai² airmata mulai menggerimis di
kedua pipimu, ketika kau kehilangan sesuatu yg tak bisa
untuk kembali dan ketika kau mencintai seseorang yg
tak pernah ditakdirkan untuk kau miliki.. maka dapatkah
hidupmu kau persalahkan..? mungkin telah kau
habiskan waktumu untuk malam yg telah usai atau
mungkin telah kau tumpahkan semua keluh tentang
siang yg menuaikan hati.. namun ketahuilah, hidup
terlalu berharga untuk kau tukar dengan semua
kepedihan yg mendera.. maka berhentilah untuk
menyalahkan dirimu sendiri atau cubalah untuk
memaafkan kesilapan hati.. karena sungguh, sepahit
apapun itu, kau takkan merasakan manisnya jika kau
tak pernah mencuba.. rebahkanlah dirimu dalam
pelukan kenyataan, biarkan cahayanya membawamu
pulang, menguatkan tulang² rapuhmu, mengumpulkan
serpihan hatimu yg terserak.. dan izinkan Aku mencoba
untuk melengkapi serpihan yg hilang..[..untukmu, yg tak
mampu memaafkan diri sendiri..]

>>>

Berlindung di sebalik awanan redha-Nya
maka tertahan kepanasan engkau memperguna
buatku tegar bertahan
walau hati
sudah robek dicarik sebuah permainan
meski terasa sangsi
namun bertahan
kerna di sini... aku adalah kernamu.

Hilang sebuah gundah rasa
di balik naungan salju kasih- Nya
walau engkau tega
tiada aku mengata nista
walau terasa, telah ku padam
dengan cahaya sebuah cinta
berpaksi iman berlangit kan Tuhan Yang Esa.

Kala senang, tatkala susah
sentiasa aku di sisi
walau banyaknya duga
sedikit pun tidak mengubah pendirian
kerana aku tahu
semua itu
taqdir yang datang menguji

Andai terjatuh
ketahuilah tanganku sedia menyambut
andai tersalah... teguran ringan disebut
kerna di sini sahabatku
aku adalah kernamu

Walau bakal terpisah beribu batu
tiadakan kulupa mendoakanmu
setiap saat yang menyatu
tiadakan jemu
kerna
aku adalah kernamu.

>>>

Entah kepada siapa..
ku beri khabar gembira
bahawa kau jauh tak tersentuh
sungguh rinduku sungguh
ku selalu menyimpan sejuta rindu
walaupun jauh..

>>>

Aku sudah jatuh cinta, cinta pada dia, dia yang mencuri
hati, hati yang pernah sepi, sepi pada janji, janji yang
sudah terlerai kasih, kasih yang mungkir, mungkir pada
cinta, cinta yang rapuh dan hancur. bagaimana hendak
aku nyatakan rasa cinta ini. sedangkan aku tak pasti
apakah itu perasan yang sama? dan adakah dia juga
merasakan.perasaan itu, sebagaimana aku merasainya,
aku rindu dan amat merindui pada suaranya, pada mata
dan kasihnya.
Aku jatuh cinta lagi pada bicara yang terluah, pada
cinta yang telah dizahirkan dari hati, biarlah rindu
menyatakan resah. dan kerana resah ini pasti ada yang
menunggu, menunggu pada kasih yang bertaut. bertaut
pada dahan cinta yang terletak di dalam hati, kerana
didalam hati ini sudah ada taman yang terbina, dan
dibina tika rasa percaya dalam diri diakui. aduhai hatiku
yang berdendang, dendangkanlah lagu rindu itu untuk
didengar biarkan aku lena dalam cinta. cinta yang
membuai rasa indah..
Semenjak kau hadir dalam hidupku, aku mula
merasakan indah, kau telah mengetuk pintu hatiku
tanpaku sedari dan akhirnya aku mengizinkan untuk
singgah didalam hatiku, kau yang ilhamkan aku
kebahagiaan sehingga aku merasakan keindahan cinta
itu sebenarnya dan bila keyakinan dalam diri ini kukuh
dihati aku semakin yakin akan hadirmu, pintaku tatkala
aku bersamamu. salutilah kasih dan sayang itu pada
kejujuranmu sayang.. kerana hadir cintamu memberikan
aku sebuah rasa... seribu rasa yang sukar aku
gambarkan..
Maafkanlah aku andai tak sempurna buatmu, kerana
saat kita sedang menikmati erti bahagia hanya
kesempurnaan mengaburi mata. Izinkan untuk aku
menyintaimu, mengasihimu, merinduimu, walaupun
kehadiranmu bagaikan angin menghembus lembut ke
tubuh, wujudnya nyata namun bayangnya tidak
terlihat..aku pasrah kerana aku sudah terlanjur
menyintaimu dan izinkanlah aku memilki cintamu hingga
ke akhirhayatku.dan aku tak mampu berselindung lagi
hakikat cinta yang bertapak dihati ini. Andai benar kau
juga merasakannya katakanlah agar senang aku
mengorak langkah untuk aku terus mengetuk pintu
hatimu, dan menjadi tetamu cinta hatimu....

Nukilan AQue SaMe

Tiada ulasan: