TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Jika bicara ku mampu membuat dirimu tersenyum,
relalah aku berkata-kata dalam bicara cinta , kerana
senyumanmu buat aku bahagia.....

Zuraida Dewi.

>>>

Senja ini
di atas pentas dunia
muzik
getaran dari daun-daun
juga dari nyanyian burung-burung
menyatakan senja sudah tiba
mengajak anaK-anak kembali ke sarang
riuh menyanyi riang
menanti tibanya malam.

Senja ini
terimbas padaku satu kenangan
tentang dia.
Aku juga seperti burung dan daun
serta seisi alam
tenang melihat matahari terbenam
menanti malam
untukku beradu meehatkan badan.

Senja...,
indah suasanamu seakan satu ketenangan
membangktkan satu rasa
rindu......

Zuraida Dewi.

>>>

Teman,
peganglah tanganku
saat aku hampir rebah
bicaralah denganku
pada kata-kata nasihat
bila aku hampir tersesat.

Teman,
perlunya aku padamu
bukan sekadar kawan
atau untuk bersama dalam keseronokan dunia
aku ingin bersamamu
beriringan kita seiring jalan
mencari terus mencari
erti hidup.

Teman,
kau tahu
kawan semasa senang banyak sekali
begitu juga saat gembira
tapi kita akan keseorangan
saat kesusahan, kesakitan
duka
kerana kawan itu tidak akan berkongsi rasa.

Teman,
kita jangan begitu
sambutlah tanganku
kita bersama dalam menghadapi ujian dunia
mencari redha Ilahi.,
bekalan akhirat nanti
bersamaa hingga ke syurga
impianku wahai sahabat sejati.

Zuraida Dewi.

>>>

Jumaat ini
aku rasa tenang
bersimpuh dalam Dhuha
menadah tangan berdoa
hanya Allah.

Setiap kali hadirnya jumaat
hatiku riang
aku gembira merenung kaum Adam
berbaju melayu,bersih wajah
untuk ke rumah Allah.

Ya Allah sesungguhnya tiada yang paling indah, selain
dari keindahan islam, subhanallah,

>>>

Ketenangan ku telah kau ragut
dengan janji yang tidak kau tepati.
Kau biarkan aku hanyut dalam angan dan harapan
kau biarkan aku terus bermimpi
hingga aku terus lena dalam terjaga hanya kerana mu.
Kini aku tidak tenang lagi
kerana rindu yang kau ciptakan dalam hatiku buat aku
benci
namun aku tidak mampu padamkan cinta ini....

>>>

Warkah usang tersimpan kemas, hanya itu tanda yang
engkau tinggalkan, pada sebuah perpisahan tanpa
noktah...
Dan aku sesekali membacanya bila rindu berbisik.....
Sayang.

>>>

Teman...,
harum malam ini menghiasi ruang kamar sepi
dan aku mula mengayam rindu
untuk alas lenamu
kata-kata indah bak mutiara ku karang menjadi puisi
cinta
untukku syairkan dalam lenamu.
Teman,
hanya dirimu yang menghiasi hari-hari bahagiaku
tanpamu aku sepi........

Zuraida Dewi