TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Selasa, 1 Mac 2016

Andai ...
Bisa aku lakar semalam
kan sentuh ia
Dan akan aku persembahkan
Padamu..
Agar kau bisa memetik gitar
Dan nyanyikan lagu itu
Lagu rindu

Yn .. Emotikon smile

>>>

Hanya Bisu ....

Bermula dan berakhir
Sebuah cerita suam
Tak terasa ia berakhir
kerna..melaluinya dalam suram
Saja bangkit tatkala sedar
Terasa segala sedi tubuh melonggar
Bermula setapak dua
Terasa mual dan gegar seluruh anggota

Jalan terakhirkah ..
Hari terakhirkah
Pertemuan terakhirkah
Sentuhan terakhirkah
Pertanyaan terakhirkah
Tersandar dalam lesu
Hanya bisu menjawap soalanku..

yn... Emotikon smile


>>>

Semalam hanyalah semalam..
suatu hari yang telah ku tinggalkan
hari ini telah menjelma
dan bakal tiba ke akhirnya
semalam adakah sempurnanya hariku...

adakah tingkatnya imanku
adakah semua yang ingin ku lakukan terlaksana...
atau pun semalam bukanlah hari yang sempurna bagiku...
hari ini ku rasakan lebih baik dari semalam...
semua yang ku ingin lakukan telah terlaksana...

tidak lagi membuang masa seperti semalam...
ku bersyukur kerana ku sedar kini
masa begitu berharga...

- FaridKrx

>>>

Andai malam kuterus buta
apakah akan kulihat warna?
Atau terus terlena
oleh kata berbau cinta?

Sedarkah akan aku
pada semalam telah berlalu?
Warna yang sama
beza pada corak gaya
mungkin lenggokkan kata dusta.

Atau sebenarnya aku
buntu mengolah langkah seribu;
Berlari dari cinta palsu
yang akhirnya karam menjadi batu.

- Dhamah

>>>

Puisi malam ku ..yang indah..
Menghias mimpi ku

- Nuraziyah

>>>

Harum bunga di padang lapang
terlihat indah dekat berduri;
Selamat malam wahai bintang
izinkanlah rinduku terus meniduri.

- Dhamah

>>>

Harum malam ..
Di hias bintang..
Aku sepi di malam sunyi..
Doa kn nyenyak tidur ku

- Nuraziyah

>>>

Malam sunyi tanpa bintang
mendung cuba menghadir diri;
Andai lenamu tidaklah datang
izinkan aku menghadir diri.

- Dhamah

>>>

Hadir mu ..
Bagai putera raja..
Tika malam di hias bintang..
Izin ku seikhlas hati

- Nuraziyah

>>>

Tidaklah putera turun belayar
tika tengkujuh mengasak pantai;
Jika bulan asyik tersasar
Tak jelma indah yang santai;
Jika ikhlas tiada berputar
itu petanda lena 'kan dibantai.

- Dhamah

>>>

Untuk tuan hamba yg pandai bertingkah..
Patah mu menarik tersusun indah

- Nuraziyah

>>>

Jangan sesekali menjadi lalang,
Takut takut dibuang orang,
Siang penat membanting tulang,
Malam waktu melurus pinggang....

Sedap sedap si ikan keli,
Sedap lagi ikan siakap,
Nak berpuisi terasa geli,
Hanya ini mampu terucap....

Pantun sudah, puisi pun sudah,
Lepas ni tak tau apa pulak dah,
Sebelum tidur jangan lupa Syahadah,
Takut takut esok tak sempat dah...

- FaridKrx

>>>

Biarlah lalang meninggi di belukar
tidak usah gusar ia tidaklah sukar;
Pasti indah di lihatnya alam
jika kuat ilmu di dalam.

Jangan bermain kompang jika lupa irama
tidak usah berkata andai lupa bahasa;
Hidup ini tidaklah susah
tahu arah jalanlah melangkah.

Jangan bermain ombak jika sebak
tak usah menembak jika rabak;
Jangan memandang hinanya lalang
hadirnya ia menutup lubang.

- Dhamah

>>>

Walaupun lautan kurenangi,
Ribut badai ku harungi,
Srcolling panjang di jejari,
namun tetap ku puisi disini….

- FaridKrx

>>>

Usah berkata andai tiada rasa
Usah menyusun andai tiada rata;
Biarlah malam berbintang tanpa bulan
Tetap puisi terukir jadi santapan.

- Dhamah

>>>

Ayun buai laju laju...
Putus tali padan muka...
Salah silap maaf selalu..
Selamat malam pada semua...

- FaridKrx

>>>

Andai kata padam pelita...
Gelap gelita di malam hari...
Andai ada terlanjur kata...
Maaf dipinta setulus hati...

- FaridKrx

( BERAKIT KE LANGIT )