Kasih..,
aku pergi hari ini
saat aku berpaling
aku tidak akan kembali lagi padamu.
Ku tahu kita tidak akan bertemu
kerana di sebalik tingkap kaca itu
ada mata sedang memandang
ada telinga yang ingin mendengar
percakapan kita
melihat pertemuan kita.
Untuk apa semua itu bagi mereka?
Hanya kerana ia akan menjadi topik perbualan semasa
biarlah aku yang pergi
agar tiada yang berbisik sesama sendiri
hanya kerana cinta kita
menjadi tajuk utama.
Kasih,
biarlah rimbunan pepohon
dan angin saja yang mengerti
cinta kita suci
hanya kerana-Nya
Zuraida Dewi.
hening malam.
>>>
Bunga melati putih suci
ku tanam ia di taman hati
setiap kali ku pandang pada kelopaknya putih berseri
hatiku terusik lagi.
Bunga melati.. harum mewangi
ku bayangkan lagi
alangkah indah jika hati seputih melati
alangkah indah budi seharum melati
pasti wajah sentiasa berseri
cahaya iman ada di hati.
Ku pegang lagi sekuntum melati
indahnya melati penuh seri
wahai bunga melati
bertuahnya dirimu menjadi pujaan
menjadi hiasan setiap laman.
Zuraida Dewi
#bunga
>>>
Malam...,
mengapa hanya kegelapan
yang ku pandang
seakan tiada bulan dan bintang
untuk menemani aku di beranda sepi ini.
Hatiku di ulit kerinduan
memandang langit
mencari-cari bintang hati
namun segalanya gelap
seakan bintang dan bulan bersembunyi.
Wahai malam...,
bersuaralah seperti sang pungguk
yang merindumu
atau seperti desiran angin
untuk hiburkan hatt ini.
Di beranda aku melihat lagi
sekelilingku spi
mungkin semua sudah di ulit mimpi
tapi aku masih berdiri di sini
di beranda ini menanti
dan menanti
rindu......
Zuraida Dewi:)
>>>
Carilah kebahagiaan kita, walau ke mana awak pergi,
aku tetap menunggu dengan harapan kau kembali ke
pangkuan..... Tersenyumlah untukku, walau bagimu
biasa, tapi bagiku ia amat mahal....
>>>
Bertemu dua hati di muara kasih
dengan rasa cinta
salam bersambut mesra
tanpa ragu lagi.
Di muara kasih
teruna dara mengikat janji
bersumpah setia
tidak berpisah selamanya.
Begitulah kisah alam cinta
rapuh iman kasih bersulam noda
andai cinta itu hanya kerana Allah
terbinalah mahligai bahagia
menbina cinta di taman syuga
bahagia.
Nukilan Zuraida Dewi