TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Bentang sekatil ke hujung sisi
Kelambu berkepuk bersilau sinar
Darah sebatil minta diisi
Akibat ditepuk hitam beronar

Cadarnya lembut beraneka corak
Tebal selimut sayang senteng
Kerengga disambut maju bergerak
Jangan semut dipandang enteng

Jika nak peluk bantal yang empuk
Ambil sekali sarung yang asli
Poket diseluk sampai ke tampuk
Duit dibuli bertali-temali

>>>

Malam bermimpi si hantu jembalang
Rupanya ngeri taringnya panjang
Rumpun yang rapi dipagari lalang
Bunga menari tiada berjenjang

>>>

Bunga pesona bunga kesuma
Diberi tangan halus budiman
Kuntuman mekar zaman-berzaman
Hendak dilupakan bunga yang tulus
Takkan termampu oleh ingatan
Kerana eloknya bermanis rayuan
Bahasanya pula cekal santapan
Baiklah dijagai bunga itu
Sukma meruntum mengikat kalbu

>>>

OST BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Apa dipandang kepada anggerik
Tumbuhnya liar di dalam hutan
Mekar sehari besok binasa
Sebelum layu sudah pun mati
Bukan memandang kepada cantik
Pokok pangkalnya hati berkenan
Kalau sesuai budi bahasa
Sampai ke kubur bersatu hati

>>>

Kasih sepermainan dalam pujaan
Basah asmara bukan tayangan
Rasa berkenan tak kepura-puraan
Nak jadi juara bukan angan-angan

Nukilan Suffian Ismail Hamzah