TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Sabtu, 7 Mei 2016

aku yang kau kenal itu sudah pergi
kerana aku yang dulu itu bukan aku
dan aku yang kini bukan aku yang dulu
kini aku sedar ia bukan aku
sungguh, bukan aku
aku yang sebenarnya aku
hilang tak ketemu
cari-cari sampai timbul rasa jemu
kau rindu?
nanti aku cari hingga ketemu
lantas aku bawa pulang bertemu denganmu
dan aku kenalkan sama kamu

- IbnuAmar

>>>

1/
Bentang kenangan
Senja akhir di sini
Indah abadi

2/
Tiada lagi
Gema irama indah
Aku berpasrah.

3/
Senja pun pergi
Tertutup malam ini
Malam terakhir

4/
Tertinggal aku
Pejam tapi tak lena
Ku bersahaja

#haiku
Yn

>>>

Tak perlu tungu
Ia pasti datang
Tak perlu cari
Ia kan muncul lagi

Bila di tungu
Terasa lama sekali
Bila kau terlepas
Terasa ingin bertemu lagi

Aku pasti
Aku yakin

- SalVokasiona

Berakit Ke Langit
@2016

Tiada ulasan: