TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Sakit gusi tebu dimamah
Suami tidak pulang ke rumah

Pergi jumpa doktor gigi
Beritanya suami kahwin lagi

Rasa sakit belum kurang
Seminggu duduk sorang-sorang

Tidur baring di atas riba
Jiran tetangga mengadu domba

Hilang bisa minum air kundur
Perkara dah jadi tak boleh undur

Gigi gugur sebelum tua
Dah dapat dua nak lagi dua

Gigi palsu buatnya buntu
Jantan miang tak cukup satu

>>>

Jerat ayam-ayam
Sampai jumpa sarang
Duduk diam-diam
Daripada kacau orang

Mudik dengan perahu
Datang dari hulu
Jika tidak tahu
Baik tanya dulu

Bakul sudah penuh
Lepas kutip kepah
Bila tidak sononoh
Buat orang menyampah

>>>

Cinta kopi panas berapi
Minum secawan kopi Kapal Api
Halusnya wap asap terbang ke tepi
Jangan ditiup nanti terpercik ke pipi

Kaubelanjaku dengan kopi
Pesanmu ditambah susu asli
Agar aku sihat tanpa dijampi
Susu ku tak minum tekakku geli

Hai kopi hidangan petang
Santapan bersama kuih sedulang
Hei engkau dah siap datang
Kopi secawan bukan sebalang

>>>

Gosok-gosok apa yang digosok
Gosok baju nak pergi kerja
Esok jangan ditunggu esok
Perkara yang baik mulakan saja

Pakai baju wangi dan cantik
Keluar dengan kaki kiri
Bukan nak bebel macam itik
Cuma nak cakap senyum wajah naik seri

>>>

Mengidam santapan bermacam-macam
Demi leluhur anak kandungan
Sesekali jangan diri dikecam
Azab dosa tiada selingan

>>>

Kehadiran senja yang damai ini
Merengsa perasaanku kian berseni
Panorama indah menglipurkan memori
Terbukalah hijab dalam naluri
Andai lumpuh kota ingatan
Kepada perindu harapan disatukan
Meskipun tiada di depan penglihatan
Percayalah keyakinan disambut kekuatan
Demi senja yang kian pudar
Kasawarimu berombak bukan sekadar
Selagi jantung masih bergetar
Semangat rindu pasti terlontar

>>>

PERAWAN MALAM

Engkaukah yang mengganggu lenaku
Berdendang dan bernyanyi syahdu
Di antara kenyataan dan khayalan
Di pentas drama kemusykilan
Jantung bernyala berdegupan
Darah berbara kederasan
Nafas tercungap-cungap
Engkau seringai memikat
Lantas apakah yang engkau cari
Apa pula yang engkau mahu
Dalam kekhuatiranku
Jelmaanmu memggodaku
Tiada ruang di rumah ini untukmu
Tiada juga kamarmu di syurga Tuhanku
Amat malang dan sia-sia pekerjaanmu
Aku manusia takkan bertemankan hantu

>>>

Kukejar kaulari
Geramnya tak terperi
Bak minum si air duri
Apakah ikhlas memberi?
Cantik manapun diri
Biarpun kuning gigi
Asalkan iman berseri
Buatmu kuucapkan selamat pagi

>>>

SIRIH PULANG KE GAGANG

Berkudung sudah dahan di atas
Dicantas curi si tangan lusuh
Lantas lari berdendang
Mengopek hasrat yang belum tua
Masih tidak dilamari si muda
Jauh pula nak dikejari
Sehingga kami terlantar di sini
Di bumi yang tak terusik ini
Sang awan yang membawa obor api
Memudaratkan tekak kami yang kehausan
Sedang kami tiada ditimpa titisan
Tidak kehujanan atau kebasahan
Orang menghulurkan kami sambutkan
Orang membenci kami sabarkan
Fitrah azali dah pun berubah
Daripada seinci bertambah-tambah
Kawan seribu dah jadi satu
Saudara kandung jua yang ketemu

>>>

DOA

Bersuluh terang indah bak manikam
Ke hati tak lumpuh cahayanya menikam
Tajam dan utuh tegap berdiam
Selama tangan masih berkiam

Diterpa sebutan senyap suasana
Bermohon kasih bermohon ceria
Sentosa dan nestapa sama bersua
Agar menjauh kelibat sengsara

Tidaklah bertadah sifatnya sebarang
Samaada gelap mahupun terang
Balasan yang baik tidaklah malang
Ampuh tindakan beradab gemilang

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

Tiada ulasan: