Kolaborasi Melor Jelita & Suffian Ismail Hamzah
Melor Jelita
berbaju kurung lipat selisih
tudung biru menutup kepala
serak suara menahan sedih
rindu di hati tidak terkira.
Suffian Ismail Hamzah/
Angin bayu datang menyerbu
Datang menyerbu di petang lewat
Bila sayu terngatkan ibu
Kerana ibu nalurinya kuat
Selasa, 10 Mei 2016
Dinding Rasa, ACP
>>>
Kolaborasi AQue Same & Yan Ismail
AQue SaMe/
Aku ingin kamu ada
ada dalam sisiku
berbaring menemaniku
dalam sisi baik ada
dalam sisi buruk ada
dalam rintang akan jalan
dalam sekam akan cerah
Aku ingin selalu kamu ada
menemaniku dalam sepi
menemaniku dalam duka
menemaiku dalam suka
bercanda pada badai
berteman pada resah
berkawan pada salju...
Yan Ismail/
Menghantar rindu yang aku sebar
pada indah rasa
pada indah cahayamu
pada semua yang ada di ragamu
Mengantar rindu yang terpahat
Pada dinding beranda
Mengintai siang
Merindu malam
Pun tetap saja hilang ditelan rembulan
Tak tersapa pada mentari
Tak terucap pada angin
Namun kau tahu itu aku
Hadir saat kau perlu
Menyeliap diam dalam sendumu
Tatkala kau rindu
Dan aku menatang lembut rindu itu
Dalam askara kita bercumbu
Uhmmmm ... terima kasih
Ahad, 8 Mei 2016
Dinding Rasa, ACP
>>>
Kolaborasi Vino Ria & Suffian Ismail Hamzah
Vino Ria/
kain batik sungguhlah cantik
siap dipakai si puteri Kelantan
rindu terdetik kasih berputik
terangkai selalu dalam ingatan
Suffian Ismail Hamzah/
Lidi diraut bunyi gemersik
Patah sebatang gantikan baru
Hati dipaut hendak dirisik
Sebagai bintang jatuh meluru
Suffian Ismail Hamzah/
Waktu kerja wajah ceria
Teringat tilam nak tidur sejajar
Biasa-biasa saja ayat saya
Masih dalam proses belajar
Vino Ria/
daun betik daun mengkudu
sedap di makan sebagai ulam
tidak semudah ganti yang baru
kerana cinta tersangat dalam
Suffian Ismail Hamzah/
Ruang yang bersih digilap bersama
Si rakan berlima kepenatan sama
Yang baru masih sukar diterima
Kerana yang lama adalah pertama
Selasa, 3 Mei 2016
Dinding Rasa, ACP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan