Iman itu harus mekar
terbuka ruang keinsafan
seperti kuntum bunga
yang baru akan berkembang
harus selalu dijaga
disiram kasih
agar tak layu
di pinggir dunia
fatamorgana
>>>
terkadang diam itu lebih baik
kerana memberi ruang
untuk berfikir lebih bernas
mencari jalan penyelesaian
tapi harus berpandukan
tunjuk jalan-Nya
dalam doa kita panjatkan
>>>
benar kekatamu
selagi ada iman
bersabarlah
ya, bersabarlah dengan segala kemungkinan
akan kosong hati itu tumpat dengan sejati kasih
biarlah lambat datangnya
asal baik akhirnya
>>>
Subuh
selalu mengajar kita
mengenal cinta
tentang sucinya
adakah pada diri...
>>>
Pagi masih ranum
untuk kita canai
hari petang dan malamnya
semoga akan terbawa
ke dalamnya kebaikan
kesejahtera yang terlimpah
dari Dia sang Pencipta
Maha Pemberi, Maha Pengasih lagi Penyayang
>>>
telah kurapikan segalanya
kini masa untuk kulelapkan mata
merehatkan jasad dan minda
tidurku biarlah barakah
dalam jagaan-Nya
>>>
pagi
menghidu rindu semalam
kekal mekar di ingatan
tak pernah pudar
meski embun telah pergi
sejuknya penawar hati
basah di rindu
harumi sanubari
kembalilah...
Nukilan Vino Ria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan