..... Tak Ingat ....
Saat kita sebuk mencari
Dan tercari cari
Sebenar benarnya kita
Telah pun bertembung dalam masa
Berkali kali
Tanpa kita sedari
Lantaran itu terkadang hati berkata kata
Bagai pernah melihat .... ?
Namun dimana, tak ingat
Yn..
130516
0300am
Dalam mimpi kita bertemu...
>>>
...... Gelap ...
Sapa aku ?
Saat itu..
Hanyalah satu jiwa yang kosong
Raga yang ada
Namun tiada jiwa
Siapa kamu ?
Saat itu ..
Satu jasad yang indah
Tegar melalui masa dengan megah
Dan melalui aku dengan gah
Siapa kita ?
Saat ini..
Hanyalah insan insan kelana
Hidup mencari cahaya
Walau siang mentari memerit kulit
Walau malam cahaya bulan menyelit
Kita masih merasa gelap
Ketakutan pada sesuatu yang suram malap
Sedang kita tahu nanti ,suatu hari
kita ditempatkan diruang yang sempit , gelap dan lembap
Yn..
110516
1030am
Katanya...jangan terlalu selesa pada cahaya
>>>
Sesunggujnyaa
Tak akan hadir tanpa pertemuan.
Tak akan tulus tanpa kejujuran.
Tak akan suci tanpa ikatan
Tak akan abadi tanpa kesetiaan
Tak akan indah tanpa kaseh sayang
Tak akan ada ingatan tanpa kenangan
Walaupun kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah
Namun terlalu manis untuk dikenang
Dan amat sayang sekali untuk dibuang
Moga dalam kesibukkan kita mengejar kejayaan
Kita masih punya masa mencipta kenangan
Dalam cinta dan kecintaan
Dalam pemberian dan penerimaan
Seperti aku menerima seadanya kamu
Dan cintailah aku dalam kesederhanaan itu
Yn..
110516
0930am
Pagi ... yang aku ingin kau disisi
>>>
... PASRAH ...
Tiada lagi
Gema irama indah
Aku berpasrah.
Tiada lagi
Gema irama resah
Ku mulai lelah
# Haiku
Yn..
080518
1130pm
mencari kamu dan lenaku ...
>>>
..... SATU RASA .....
Sirna pagi ini bagaikan kelabu
Saat aku menyapa
Dan Kau terus membisu
Memeluk tubuh sendiri
Tegak menghadap tebing hati
Diasak pertanyaan diri
Harus apa dan bagaimana ?
Harus dimana dan kenapa ?
Harus siapa dan bila ?
Soalan menjawap soalan
Jawapan bertitik koma tiada noktah
Hanya hati mencari disebalik teka teki
Bagai teka silang kata...
Saat terima jawapan
Hati enggan percaya
Semuanya kern
a satu rasa
Cinta ..
Uhmm
Yn..
080516
1102am
Aku cinta kamu ...
>>>
Pejamlah mata
Izinkan mentari menyapa
Istifarlah seketika
Bersyukurlah apa adanya
Apa saja yang ada dihadapan...itulah kenyataan
Hidup bukan sekadar hanya untuk meratap dan mengharap
Tapi ia adalah satu usaha..
Hanya cara berusaha itu ,yang berbeza..
Pilihlah yang terbaik..
Moga saat kita melangkah kehadapan.. tiada kesan atau
kesakitan dari kita buat insan yang kita tinggalkan
ASSALAMUALAIKUUM..
Salam indah buat seemua sahabat dan rakan taulan ..,selamat
pagi
Salam hujung minggu ,senyumlah selalu
In shaa Allah ,Allah akan permudahkan laluan hidup kau dan
aku
Yn..
080516
0740am..
>>>
Katanya..
Aaaduhhaii...
Ini kata kata terakhir
Ini lagu terakhir
Ini pemberian terakhir
Harus,..
Apakah yang harus aku
Katakan ?
Ini senyuman terakhirkah ?
Ini tangisan terakhirkah ?
Terkasih...
Sesungguhnya
Ia tak akan berhenti berlegar legar
Selagi namamu terpahat dihatiku tegar
Dan ia akan sentiasa terus segar
Yn .,.
090516
0100pm
>>>
... MELIHAT SEMUA ...
Sebenar benarnya ..
Kita melihat itu ...
Dengan mata yang masih belum buta
Kita merasa itu..
Dengan hati yang penuh harap cinta
Kita menilai itu ..
Dengan minda yang terbuka
Kita terima pakai itu ..
Bagai azali wujudnya sifat manusia
Pun dibenak hati yang bodoh ini
Kita sentiasa terfikir dan berfikir
Kamu ini lagi..
Mahu yang bagaimana ??
Yn..
090516
0920pm
>>>
Tak pernah bersembuyi
Sentiasa cuna hadirkan diri
Walau masa silih berganti
Aku tak pernah pergi jauh ....
hanya dirusuk kiri
>>>
Tiada apa yang bisa aku lakar
Hanya menghela nafas
Bukan mengeluh
Hanya menarik sedalam dalam rasa
Dan lepaskan sesuatu yang menyesak dada
Yn..
030516
1100pm
Selamat malam ..
>>>
..SENJA NAN MERAH ..
Bentang kenangan
Senja akhir di sini
Indah abadi
# haiku
Yn..
070516
0140am
Senja nan merah ..
>>>
Moga tatkala sampainya "hari itu "
Kita tahu ..
Bersama doa yang rapuh
Kita temankan ia
Agar "hari itu ..dipermudahkan olehNYA
Sabarlah aduhai hati
Moga kuat dan tabah nanti
kerna "hari itu ..adalah rahsia
Mungkin hari ini..mungkin esok lusa
Semua milikNYA
Kita ..siapa ?
>>>
Rindumu
Telah mengais semua yang ada
Hingga didadaku
Berdebar debar setiap masa
Yn ..
>>>
Pun dalam suasana yg terdesak
Kita masih memohon semua yg kita hendak
>>>
Terkadang ..
kita tak berdaya untuk berkata TIDAK
Pada sesuatu yang amat kita kehendak..
Jua tak mampu untuk berkata TIDAK MAHU
Pada sesuatu yang kita AMAT mahu ...tapi kita tak mampu
memiliki itu.
Dan andai SESUATU yang mustahil itu telah menjadi milik kita
..janganlah lagi tanya KENAPA ?
Terima saja ...
BERSYUKUR keatasNYA
Dan jagailah ia sebaik baiknya....
Kerna TERKADANG Allah memberi kita pada sesuatu yang kita
tidak minta dan kita tak jangka..
Dan kita tak tahu dimana dan bilakah masanya
Kerna hanya DIA lebih tahu apa yang LEBIH kita perlukan
Dari apa yang kita MAHUkan
#Allahhuaalam ..
Yn..
030316
0700am
Salam indah ... selamat pagi cinta ♡
Moga Allah lembutkan hatimu ..dan sabarkan aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan