TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

~Perempuan Payung~

1/
Perempuan payung
selindung diri
terik suria
hujan jua

2/
Perempuan payung
terlindung hujan
enggan kuyup
sendiri

3/
Perempuan payung
puteri lilin
panas suria
cairkah

4/
Perempuan payung
memaling muka
rasa kuatir
sembunyi

5/
Perempuan payung
jalan sendiri
gelisahnya
terlukis

>>>

~Redup Petang~

Redup petang
memanjang bayang
mentari sinarnya lesu
berpendar sepasang mata rindu
ayu bagai kembang pukul empat
perlahan-lahan melipat
jendela hari
Matahari mula mengisut pergi
bayu lembut menghembus pipi hari
menyahut kasih sang Ilahi
kumandang azan bergema lagi
Kepulan rimbun rahmat
turun ke hadapan kiblat
kyusuk meneluk lekuk
di hati siapa yang tawaduq
Melebat doa-doa
jatuh manik-manik
penjuru mata telus sinarnya
berharap ampunan-Nya
terus ke luhur jiwa
ke lurus jalan
bawalah ke jannah

*************************
V.Ria
saving myheart
Sabtu 28hb Mei 2016
4.30 ptg

>>>

pasrah
tawakkal
hati yang cekal
beroleh keberkahan

>>>

biarlah seia sekata
jangan lagi bertanya
kalau memang itu takdir
tidak perlu berfikir
kenapa ini
mengapa itu
terimalah seadanya
bersyukur kepada-Nya

>>>

sangat kumengerti
rasa kecewamu
saat aku menurut kata hati
bukan bererti aku benci
cuma aku mahu bersendiri

maafkan aku tak pernah peduli
atas harapanmu yang tinggi
apalah daya seorang aku
tidak mampu membahagiakanmu

andai itu mahumu
relakan perpisah ini
jangan ada sengketa antara kita
kerana aku tak mahu luka menjadi parah

Nukilan Vino Ria

Tiada ulasan: