MANUSIA LALANG-
Wahai manusia di kaki akalnya ...
Suka mendengar kata dusta nista ...
Dari mulut manusia yang durja ...
Yang pada hakikat sebenarnya ...
Hanya kosong tidak bertanda ...
Tapi beradu domba melata-lata ...
Ibarat perigi tanpa ada airnya ...
Ingin ditutup tiada guna pula ...
Terlempar sampah bila dibuka ...
Tak malu kah kamu pada illahi? ...
Letak akal di kaki manusia durja ini ...
Membelakangkan hukum yang diberi ...
Itulah kita kali ini buat renungan diri ...
Suka palitkan dosa yang tak terperi ...
Terampunkah kita di akhirat nanti?...
Sekadar Ingin Melakar Satu Kata ...
Terima Kasih Kerna Sudi Membaca ...
Selamat Menjalani Ibadah Puasa ...
MS-LelangitSenja-
>>>
MADAH KATA-
Satu carut wakil sejuta hina dunia.
Satu senyum wakil berjuta indah semesta.
MS-LelangitSenja
>>>
SESAK-
bukan kerana takut.
cuma peluru-peluru kristal yang pelan-pelan
menikam hati ...
MS-LelangitSenja-10PP
>>>
TERUJA~
1/
Diam
ku tatap baca tintanya
yang entah apa lagi disembunyikannya
2/
Jelas teruja jiwa
yang menggamit kenang
di pintu rindu semalam
JW-10pp
>>>
dendangan ini
bukan dengan lagu cinta
punjangga.
tetapi..
irama yang kedengarannya
bahagia.
dialun
dengan serunai dan gambus
dari syurga.
tangan
mencampak sejenis rasa
rindu.
bersama.
sedikit harapan melambai
nan sayu.
tersisip
melayang ke dasar hati
menukil memory
tatkala
langkah aku pincang
berdenting masa..
MS-LelangitSenja
>>>
Ke langit aku toleh.
Bintang juga ibarat tidur
Disebalik kelam awan.
Kepul-kepul yang sepertinya
Ingin aku gapai dari cermin tingkap
Tetapi hakikatnya belum tentu
Aku mampu memaut awan.
MS-LelangitSenja-kiasku
>>>
aku sapu tangisnya malam.
mencari punca rakusnya dunia.
yang menelan lakar-lakar indah buana.
membentuk percaya-percaya membuta.
MS-LelangitSenja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan