Disaat malam menjelma
Hati mula mengundang lara
Rindu ini mengamit rintihan jiwa
Dalam termanggu sepi terasa
Sendirian merenung takdir diri
Sampai bila terpenjara begini
Dalam keangkuhannya kesabaran kuteruji
Disini aku menitti waktu
Merengkuh dalam marhabah rindu
Mengharungi kehidupan yang berliku
Yang penuh pesona nista aku buntu
Kucuba berjalan sendiri
Mengikut suara hati
Kasih telah kucuba untuk memiliki
Namun kutak mampu kuterpaksa pergi
Andainya aku menyuarakan semua
Rahsia hati kanku jerit pada dunia
Hatiku ini milikmu jua
Tapi suratan takdir penentu segala
Kita terpisah jua kerana dua dunia
Kasih terbatas kerana ulahnya
Aku terpasung dalam keegoannya
Sutera Salju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan