TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Walau tujuh lautan
Menyirami diri
Takkan bisa mengubah
Segalanya kan tetap begini
Selamanya

Walau tujuh lapis
Pagar berduri
Memagari diri
Takkan bisa menghalangi
Ayunan kaki tuk melangkah pergi

Sandiwaranya sentiasa ada
Diri dah jemu dengan pesonanya
Dustamu membatasi segalanya
Kebohongannya nampak nyata
Sehingga diri merajut asa

Hadirku disini
Kerana terpaksa
Biarpun berat untuk kuterima
Namun hakikatnya aku terjerat jua
Didalam afsun semu didada
Disebalik tembok ciptaannya
Dengan kepuraan semata mata

Kuterpaksa jua menerima segalanya
Biar pun hati dan jiwa ini meronta
Diantara suram dan kelam keterpaksaan
Kupasrahkan segala dugaan
Dalam redha doa kupohonkan

Sutera Salju
3616

>>>

MELODI KASIH

Kuayunkan
Buaian cinta
Dipohon duka
Berguguran dedaunan
Kernamu lantera sukmaku

Kualunkan
Puisi rindu
Nan syahdu
Menjadi nyanyian jiwa
Simfoni bernada sendu

Kupersembahkan
Dengan lirikan pesona
Dipersada irama bergema
Melodi kasih tercipta
Diantara dua dunia

Kujulang
Cintaku nan satu
Menjadi nyanyian jiwa dihati
Agar suatu hari nanti
Ianya tetapkan bersatu
Biarpun dimamah usia
Kau tetap milikku abadi selamanya

Sutera Salju
1JUN 2016

Nukilan Sutera Salju

Tiada ulasan: