TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Ramadhan
Bila engkau datang
Kupeluk bahagiakanlah aku
Kuserahkan seluruh hidupku
Menjadi penjaga hatiku

>>>

Suram petang senja dan azan
Langkah kaki berhenti di muka pintu
Pintu yang tak bertutup rapat
Kembali mengisi emosi di ruang tamu
Tersadai kelayuan penuh dugaan
Basah rambut panas membakar
Tatkala bunyi dentingan sudip dan kuali
Serta sudu dan balang kaca
Juga pinggan dan cawan
Membelai cuping telinga
Ketika engkau di sudut itu
Berdiri dengan air tanganmu
Bersedia untuk berhidang
Biarpun kurang sempurna
Tapi sangat istimewa
Walhal telah jadi memori

>>>

KUATKAH KITA ?

Silau merah kuning matahari
Menyucuk penglihatan fana
Terasa bak barah diusik jari
Perbuatan tiada kena

Bukan salah matahari bercahaya
Ketentuan ILAHI semuanya
Tak terjolok galah sia-sia
Biarkan saja tugasnya

Sebesar manapun matahari terang
Menumpaskan embun bertadahan
Sekuat apa pun kulit nan garang
Lumpuh dijentik Tuhan

>>>

Harapan masih ada
Sekiranya ada setia
Kerana tanpa setia
Hilang rasa percaya
Bagi yang mungkir
Juga buat yang ingkar
Biar kutersingkir
Asalkan imanku mekar

>>>

Andai hati yang bersuara
Dapat kaudengarkannya
Tak perlu lagi kuucapkan
Dengan lidah fasih ini
Telah kaufaham isinya
Sebagaimana fikiranku
Tak lagi galak kubukukan
Dalam riwayat diariku
Kerana setiap hari
Kau bersama yang lain
Mengutuskan perasaan
Terbuai-buai kesenyapan
Padahal naluri kerdil ini
Masih terlalu berharap
Kau akan berubah dan berubah
Biarpun hanya dalam fantasi
Sekalipun jarum jam berdetik
Atau sebelum mataku berkelip

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

Tiada ulasan: