Tika ini aku termanggu di muka pintu, mencari-cari kelibatmu,
rindunya aku pada sapaanmu, adakah tiada lagi pertemuan kita
seperti dulu... Ketika cinta kita mekar setaman penuh warna
bahagia..... Rindu padamu yang dulu..
>>>
Pasti tidak sayangku, kerana langit itu tinggi, tidak tercapai pleh tangan, aku hanya mampu bermadah bersaksi bulan, bintang, matahari, untuk kekuatan cinta yang ku ungkap padamu...
>>>
RINDU
Rindu pada satu ketika yang dulu
namun ketika itu telah jauh
hati tidak terkilan
cuma rindu tak mampu ku tahan.
Andai aku mampu
ku tidak ingin ada sedikit kenangan
kerana kenangan itu memisahkan aku dengan dia......
Nukilan Zuraida Dewi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan