Diujung senja..
Teka teki cinta itu akan terkumpul
dalam lembaran-lembaran kertas tentangmu
yang tidak setiap orang mampu membacanya
sementara itu..
mulut-mulut akan berbicara tak peduli
karena jika saatnya setiap titik kan terjun dari langit
akan melahirkan berkah
maka cinta yang baik akan menemukan takdirnya
>>>
pada angin ku bisikkan kerinduan
biar pun ia tidak kesampaian
namun ku puas dapat meluahkan
perasaan yang terbuku dan yang terpendam
ku ukir nama mu
di butiran pasir putih
walau pun hilang dibawa ombak pantai
namun diingatan nama mu tetap terantai
yang pastinya...
kerinduan itu kan sentiasa bertandang
>>>
berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak
selalu bahagia.. sedekahkanlah satu senyuman walau di
hatimu tak lagi mampu bertahan.. belajarlah memaafkan
walau dirimu terluka.. berhentilah memberi alasan
walau ingin menyatakan kebenaran.. hiduplah dengan
iman walau hari dipenuhi dugaan.. dan.. berpeganglah
kepada Allah walau dia tak terlihat..
>>>
izinkan aku untuk selalu menjadi cahaya di hatimu,
menjadi penerang di hari²mu.. tak peduli sekuat apa
badai akan menghancurkanku ..
>>>
Kukutip helaian rindu
dari dedaunan hatimu
untuk kucipta kesegaran hijaunya
namun kaukeringkan harapan
dari sepah bicara hambar
buat rasa kukosong
kenapa?
>>>
Bicaraku,
di dunia sempit
dalam nafas
bahasa kampung
menterjemah nyiur melambai
melukis hamparan rumput hijau
sedang duniamu kota
menikmati musim bunga dan luruh.
menyambut hujan salji gugur
berbicara biru
duniaku budaya ibunda
terperuk di pinggir desa.
>>>
Antara nikmat dan dosa
Aku terpana
Antara cinta dan nafsu
Aku keliru
Atas dasar apa aku harus menilai
Perasaan itu datang dan pergi
Sujud dan tafakur silih berganti
Lantai dunia sepi
Bila keagungan Illahi membukti
Saat itu segala taubat terhenti..
>>>
Kekasihku,
tunggulah daku di kaki senja
di situ ada lukisan rindu
sedang menunggu....
Bila kutiba,
akan kudakap bayangmu
dalam rahsia
berbekal tulus cinta!.
>>>
Kekasih,
siang malam
kita menghelakan nafas rindu
pada denyut rasa yang sama
getar cinta
sentiasa hidup
di halaman muka buku
melalui puisipuisi rindu...
sentiasa kutatap berkalikali
agar cinta tidak kurasa terasing
dari kejauhan
dan kita sentiasa berteman
mengharap satu kesetiaan.
>>>
Kubawa malam
ke kedalaman rasa
agar kaudapat kutemu
walau dalam bayang semu
akan kusentuh illusi
kudakap dalam mimpi.
>>>
Di siang yang cerah
para pencinta
berlumbalumba bertinta
di segenap ruang diterangi mentari
mengatur tari
di meja pertaruhan puisi.
Dan malam,
dengan bersuluh lilin memakan diri...
ilham terus dicari
melebihi keringat petani
dengan harapan dipuji
dihulur habuan cederahati.
Manakala aku,
menulis dari getar hati
dari suka yang sementara
dan duka melilit diri.
>>>
Andai langit itu kamu
aku adalah awan di bawahmu
mungkin tiada kauhirau jelinganku
yang terpinggir dari ketinggian darjatmu
kusedar,
aku cuma mampu mengisi mendung kelabu
untuk menitiskan lebat hujan resah
tanpa sedarmu...
yang asyik membiru.
>>>
Telah kubentang
sehelai kertas kosong
tanpa apaapa pun corak
siapakah dia?
yang mampu
melukis cinta dan rindu
untuk kusimpan
sebagai lukisan hatiku?
>>>
Akukah yang bakal kautemui
dalam kabus awan mendung?
dengan keyakinanmu
kau carilah aku
dalam waktu masih tersisa
selagi hayat ada
jika kaupasti bicara kita bisa bersua
walau cuma untuk seketika...
atau diriku,
tidak pernah akan engkau jumpa
>>>
Lihatlah aku
masih ingin berteduh
kerana hujan rindu
masih belum reda
kuseru namamu
di tepian pantai lara
bertemankan cekerawala
berpayungkan cinta!
>>>
Saat kaukucup haruman mawar
akan kutebarkan wangian kasih
biar memenuhi segenap ruang rindu
agar tercatat namamu dan namaku
dengan bait-bait cinta yang menguntum
dan bunga-bunga cinta terus mekar
dalam jambangan kasih sayang
dengan rasa penuh kerinduan
hingga ke hujung nyawa sayang.
>>>
Walau kita telah terjarak
di daerah yang berbeza
namun, kita tetap berada
dalam satu ingatan yang sama
... di ruang kenangan semalam
yang kita lalui bersama.
>>>
Kita membina rasa
dengan jalinan ikatan
bersama meniti kerinduan
yang maha dalam.
Kita eratkan ikatan
dengan satu keakraban
walau suatu masa
perpisahan pasti menjemput.
Namun jalinan ini
adalah tanda
bahawa kita pernah bersua
di mayapada.
>>>
Pohon kelapa redup dipandang
awan mendung berarak bisu
dekat disayang jauh dikenang
bila agaknya dapat bersatu.
>>>
Siapakah akan tahu
sesak nafasku kerana rindu
diammu, membawaku segelas racun
siapa meneguknya akan muntah
... dengan darah hanyirnya meracik
ke pusara hayat
dan harapan akan terkubur
tanpa bertempat.
>>>
lama lama nanti kau bakal sedar.
manusia yang menolak kau jatuh dulu,
sebenarnya perlahan lahan buat kau bangkit.
bangkit dari ketakutan diri sendiri.
ketakutan kerana ditinggalkan
ketakutan kerana kehilangan
ketakutan kerana kesepian
kerana semua itu, kau dah dapat.
kau dapat dari dia yang memusnahkan.
memusnahkan kepercayaan,
memusnahkan senyuman,
memusnahkan harapan.
moga jangan kau jatuh,
untuk sebab yang sama lagi.
janji?
>>>
kauketuklah pintu sayang
kalaukalau aku masih mampu terjaga
dan membuka mata
untuk terus menyinta
dan menghidupkan rindu
yang makin lemah nafasnya.
>>>
Izinkan aku
menyimpan khazanah bicaramu
dalam benak dadaku
kutahu,
sekian lama dikau memikul beban rasa
mendakap perit derita
dan kaurahsiakan di dairi jiwa
dengan penuh redha.
>>>
Kumiliki hari yang damai
sejauh pandangku
pada percik mentari tersenyum
aku memangku bahagia
... di ribaan tenang
setiap bicaramu
mengalir riang dikalbu
kala duka mengheretku ke lembah murung
kau hadir memberi sejernih tenang air mengalir
membersih segenap ruang calar jiwa
kau kusandarkan perit ini
pada damai sentuhan
walau hanya bayang
kerana hatiku cuma milikmu.
>>>
Ufuk malam yang tersisa di lidah waktu
menyelinap lembut ke dalam getar rasa
merungkap rindu yang tersimpan
dari sudut hati nan dalam
... dan tanpa ketahuanmu
aku menyimpan harap
pada malam-malam syahdu
kau hadir menyapaku
seperti selalu.
>>>
rindu ini tak pernah tiba-tiba mengalir..
rindu ini ada setiap senyumanmu hadir..
di antara himpit waktu tiada akhir..
>>>
“Bila hati ini berbicara, aku tahu itu kamu. Bila hati ini
mendengar, aku tahu itu kamu. Bila hati ini melihat, aku
tahu itu kamu. Dan bila aku tahu itu kamu, hati ini mula
tersenyum dan sesungguhnya hati ini perlu kamu.”
>>>
Kerdilnya aku
pada ayatayatmu nun jauh
kaumelangkah beribu batu
sedang aku
masih terpencil sembunyi
di daunan semalu
mengucup hiba
pada keasingan...
kemajuanmu dan dunia.
Nukilan AQue SaMe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan