TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Bismilahirahmanirahim

Belahan Jiwaku

Duhai sayang
Dimana pun kau berada
Hatiku ini pilu merinduimu

Duhai nyawaku
Tangisan hibaku ini
Tiada siapa pun yang tahu
Aku terlalu rindu menatap wajahmu

Duhai permataku
Ingin saja kudakap tubuhmu
Yang lama kehausan kasihku
Dari kejauhan kukirimkan doa
Agar dirimu bahgia selalu

Maafkanlah diriku ini
Kerna tak mampu memberi
Kasih sayang seutuhnya buatmu
Kerana keadaan buat kita terpisah

Kaulah belahan jiwaku
Kaulah buah hatiku
Tiada ternilainya didunia
Kurela nyawaku ditukar ganti
Demi semanis senyuman dibibirmu
Buatmu permata hatiku

Tta@PL

>>>

Terima kasih
Sayunya hati hiba terasa
Dihari yang indah ini
Aku tetap sendirian
Menyambut hari istimewa ini
Dengan belati dihati
Dulu ada bagaikan tiada
Depan mata diri diibaratkan
Tugu tak bernyawa
Kini jauh lagi lah lupa
Umpama diri ini sudah tiada
Kuusung lara dalam tawa
Biarpun pedih hati terluka
Sendirian mengharunginya
Namun ada jua yang mengasihi diri
Terma kasih sahabat dan teman
Buat yang terkasih
Terima kasih kuucapkan
Buat abangku yang tersayang
Terima kasih diatas ucapan indahmu
Biarpun dirimu tiada disini
Kutahu kau sentiasa perhati kan aku
Doa kalian semua
Kusemat dihati takkan kulupa
Kasihsayang kalin kan kusimpul mati
Kanku jadikan azimat diri
Hingga akhir nyawaku ini

Tya@PL

>>>

Dilaman ini
Aku hanya ingin suarakan
Segala yang terpendam dihati

Dilaman ini
Aku ingin melukiskan
Ukiran rindu yang indah dijiwa

Dilaman ini
Aku melakarkan iimpian
Menjadikan sebuah puisi nan indah

Dilaman ini
Aku ingin menulis
Segalanya tentang alam dan cinta

Dilamani ini
Aku bukan mecari seteru
Kerana jiwaku adalah penaku

....Wasangka fikiran
Menjadikan hasrat disalah ertikan

Tya@PL

Tiada ulasan: