TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Rama-rama indah
sayapmu...menari-nari bahagia...atas kembang
bunga...hidupkan suasana...walau tujuan
sebenar...menyungting hasrat...menghisap madu
lazat...debunga subur kerana nikmat...semakin
bertabur...putik cinta bunga...mekar taman...indah
pemandangan...rama-rama kau tak kenal musim...yang
kau tahu di situ cintamu bermukim

>>>

~Kesiangan~

Mentari mencelik pagi
sinarnya menjalur lebar
merata sekeliling dunia

Suara unggas dan burung
sama riuh memecah kesunyian
suara alam merdu di laungan azan
sayup-sayup kedengaran di batas alam
perlahan ia tenggelam
serupa kaki langit
menyapu cahaya jingga
di situ ada insan kesiangan

Bangun wahai engkau jiwa nan lalai
yang masih berselimut tebal
segera membersih diri
mensuci niat hati
masih sempat lagi
mendekat diri kepada Ilahi

Andai tadi lekamu dianyam mimpi
bangkit kembali peluhkan nadi
dengan qasidah nur Muhammad
engkau hidup jasad
hingga hilang hasrat
mendamba nafsu yang lekat
ingatlah di sisimu ada dua malaikat
yang mencatat amal perbuatanmu

Takutlah saat suria terbit dari barat
dan tanda-tanda kiamat
semakin hari semakin dekat
akan tertutup pintu taubat
usah nanti kau gaduh
kerana katamu
tiada siapa yang menegur
di situ nanti imanmu gugur
menangis dikau beralam kubur

Subuhyangtegur
Spura, 6.35pg
Selasa 5hb April 2016
V.Ria_saving myheart

>>>

kota Jawa beribu batu
naik kapal sampai ke Jogja
takdir Allah jadi penentu
tiba masa sampai juga

>>>

Keindahan alam
cantik yang semula jadi
Allah Maha Pemberi
nikmatnya tak terhingga
patut kita syukuri
setiap detik jantung ini!

>>>

Suka Macam Chipsmore
Sekejap ada
Sekejap tidak ada
Siapa yang tidak suka
rangupmu berperisa
cokelat yang manis rasa
aku jatuh cinta

Semua orang pun gegila
tak kira usia
bila tak ada
meminta pula
bila dah ada
merajuk pula

Ah! ha ha
biskut chipsmore
cinta you more
bila dah jelak
I hate you more!
aha ha ha

>>>

selamat pagi
segar dan mekar
kelopak rasa jiwa
berkuntum sajak

Nukilan Vino Ria

Tiada ulasan: