Hanyut Terlena
Hakikat sebuah cinta
Sandiwaranya pasti ada
Biarpun hanya sekelumit cuma
Sukar dicari yang benar benar setia
Ucapan sayangnya melata
Tabur janjinya bagaikan baja
Bicara rindunya umpama bara
Hingga membakar hati semua
Cinta maya sering diperdaya
Cinta realiti sering dikecewa
Hanya cinta ilahi yang kekal jua
Hati sering bertanya
Apa sebanarnya
Yang dikejar dalam hidupnya
Kita hanya singgah didunia
Yang sementara
Yang penuh tipu daya
Yang kekal hanya disana
Usahlah hanyut terlena
Kerana dunia
Kejam dan rakusnya
Sifat manusia
Tya@PL
Catatan rasa
Lukisan Jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan