TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

SENDIRI
Ruang kosong ingin ku penuhi bunga-bunga hati
agar yang usang dan sepi
berseri kembali
dengan bauan bunga suci.
Merenung kamar hati
mencari ruang sedikit bahagia
tetap sepi.
Wahai ruang yang sepi
kamar hati yang sunyi
pancarkan cahaya dari segenap ruang
yang sepi sendiri
agar aku temui jalan menuju redha-Nya.

>>>

ANDAiNYA KAU LIHAT

Andainya kau lihat
dalam hatiku
pasti kau temui cinta kasih murni
seorang sahabat.

Andainya kau lihat
dari mata hati
kan kau temui keikhlasan
ku simpan kemas dalam sanubari.

Aku hanya mahu kau mengerti
hati ini hanya berbunga kasih
seorang sahabat
Andanya kai lihat
pasti tiada salah salah pengertian
padaku.

Zuraida Dewi.

>>>

USAH BERTANYA LAGI

Usah bertanya lagi
tentang luka semalam
biarlah menjadi kenangan.

Usah bertanya lagi
tentang cinta
ku ingin sendiri
mengubati hati.

Usah juga kau bertanya
bahagiaku
segalanya ku serah pada-Nya
dan aku bersyukur selalu.

Zuraida Dewi.

>>>

Tersentak diri
lamanya aku bermimpi tanpa lena
di ulit perasaan sendiri
hingga alpa pada takdir.

Allah
ampuni aku
dalam hidup kadang tersungut juga pada derita
astagfirullaldzim
aku bertaubat.

Tak ingin terus begini
aku ingin dipandang-Mu ,dengan kasih
Kembali aku bersujud
pada tiang agamaku
tak ingin roboh.

Zuraida Dewi.

Tiada ulasan: