TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

terima kasih matahari
menyulam dukaku saperti angin
berdesiran di awan
bertitisan bagai hujan
jatuh satu satu
di denai rinduku

>>>

Sinaran mentari
Yang menerangi
Ke seluruh alam
Bergemilang

>>>

Apabila timbul mentari yang malap
Segugus sinar jalannya gelap
Apakah nasib begitu telap
Oleh jaga selepas lelap

Bukan intan atau baiduri
Jika kedua-duanya saling menyakiti
Cukuplah buat keperluan sendiri
Kasih yang ada biarlah sebati

Empunya gerangan jikalau bertitah
Janganlah berdendam atau melatah
Nahu di bibir tak usah jelantah
Sifat NYA Qidam tak pernah mentah

>>>

Sayang senja sudah pergi
Tika mencedok air perigi
Terpandang hantu jarang gigi
Rupanya ngeri tubuhnya tinggi

Bulunya lebat sampai ke kaki
Seringai tersengih ternanti-nanti
Terasa nak lari tanah tak berbaki
Apalah malang tiada mengerti

Pulanglah kamu ke hutan rimba
Jangan bersikap mengada-ngada
Sebelum dililit dengan tali timba
Penuh ayat kembang di dada

>>>

Sugulnya dian tidak bercahaya
Meremang malam kelewatan waktu
Kauintai perasaan di sebalik bicara
Menyelongkar sanubari pecah seribu

Biarkan malamku menjadi indah
Tanpa aura senyuman dan wajah
Kerana bayangmu meracau tak pernah sudah
Betapa luas relung hatiku kaujajah

>>>

HIDANGAN MALAM

Apakah yang lebih daripada kesedapan
Pada malam yang panjang
Mungkin asam atau lemak
Tak kira yang berjimat atau tamak
Kerana kelazatan adalah pelbagai
Di warung restoran atau rumah
Aroma melekat bak halusnya canggai
Busuk daging habis dimamah

>>>

Sendirimu menatap langit biru
Sedihmu meratap jiwa celaru
Yang bakal berlaku takkan tahu
Risau akan bah tiada perahu
Jika begitu segera beritahu
Riwayat nasibmu satu-persatu
Sekiranya tiada aral melulu
Baik bertasbih bersujud selalu

>>>

Kau tercinta
Memegang amanah diri
Agar tidak kesangsian lagi
Tika meniti waktu dan hari
Sabar menanti restu ILAHI
Kau kekasih
Waspada gerak dan langkah
Serta segala tipu helah
Jangan biarkan rindumu lelah
Pasti ada cahaya ke satu arah
Kau pujaan
Mengukir kasih sayang
Sehingga aku lemas tenggelam
Kerana kejoramu memeluk tangisan
Dengan fitrah tanpa perbezaan

>>>

Ada waktu yang tersembunyi
Sedang aku bergelimpangan
Dalam reaksi dan peluh sendiri
Sedangkan kau cuba mengejar
Yang tiada di depan mata
Mengaitkan hasrat pusaka
Mendirikan tiang kecewa
Biarpun hanya secuit belas
Tiada harapan untukmu kuakkan
Sedikit daripada itu telah nyah
Langsung ghaib pertimbangan
Bagiku jalan tetap lurus
Sekalipun mereka taburkan
Batu-batu dan duri-duri cemburu

>>>

Cinta apakah di depan mata
Cinta suci tulus dan ikhlas
Kasih dikaukah luas semesta
Kasih bagiku biar berbalas

Hati yang rapuh kita perkasakan
Agar jiwa semakin teguh
Dugaan ditempuh kita redahkan
Agar tawa menjadi jaguh

Sempadankan dendam dengan berani
Jernih bicara merendahkan diri
Tatkala digodam itu dan ini
Iman bersuara di puncak berdiri

>>>

Apabila kerja terlalu memilih
Jadilah kita banyak berdalih

Tugas diberikan lepas tangan
Banyak makan dan berangan-angan

Buat kerja nak cepat siap
Bila dimanja kaki pun merayap

>>>

dikasihi si anak orang
Jika dia tiadalah sayang
Apa dirindui si pelaku curang
Lemah daya jasad melayang

Mencari pasangan berhati-hati
Biarlah mendapat cinta murni
Angau jangan dibawa ke mati
Cinta yang tepat dulu dan kini

>>>

Bukan kerana musibah malam
Malah jemputan yang malang
Bukan kerana cuaca yang kelam
Tetapi jiwamu telah hilang

Kaukeringkan kedukaan itu
Dia menjelma basahkan semula
Kaugering bak disapa hantu
Dia tertawa menggila

Adat salammu mencernakan hitam
Namun sainganmu tampak hebat
Sekalipun alammu ditepuk pitam
Langkah mereka pasti tersumbat

>>>

Angin yang menyentuh perasaan ini
Sejernih air mengalirkan darah cinta
Menyegarkan segala bunga pesona kesuma
Menjemput rerama bersidang membelai sukma

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

Tiada ulasan: