Melihat dia
jangan kau resah
usah gelisah bertanya
tentang sayang
yang pernah tumpah
Bersangka baik sahaja
yang terkasih tetap di situ
usahlah dikau cemburu
Kata orang...
cemburu itu tandanya sayang
usahlah engkau ragu dan bimbang
>>>
♡Elok nian lentera berkalam...◇◇◇Aduhai...karamnya
perasaan...bangun dan berdayung kembali...rentasi gelombang
yang merejam rasa...hujan akan reda...tunggu sebentar
lagi...sang suria bersinar lagi...mungkin juga ada pelangi
melakar langit petang...ya, siapa tahu...
>>>
bercinta dalam sederhana
kelak tiada akan luka berdarah
jika cinta tidak kesampaian
hanya sekerat jalan
Cintalah cinta hanya kepada-Nya
yang abadi yang hakiki
bila cinta dicurah sesama kita
pastilah ia lebih bererti
menjadi setia hingga ke mati
>>>
~Jendela Pagi~
Saat suria memancar cahaya
ada seruan menuju cinta-Nya
kasih tidak berbelah bagi
bersaksi kalimah shahadah
di dua ayat dekat sujudku
kuketuk pintu hati
bangun kesadaranku
mencermin diri
Alhamdulillaah
dunia masih di sini
mencelik jendela pagi
masuk dalam sanubari
nur 'ala nur, cahayanya Ilahi
bersyukur kerana dunia
masih tersenyum mengucap salam
menyambut kehadiran insan
walau semalam dikau lupa selaksa pesan
Sinaran pagi di muka jendela
berbunga indah warnai hari
kelopak indah dedaun hati
harum jiwa melestari budi
prestasi iman berkembang lagi
Ingatkan diri hidup ini hanya menumpang
beradat bersopan langkah jangan serampang
rugi bukan kepalangan
akan akhirat nanti kuburmu lapang
# TatappagisyukurkepadaIlahi
>>>
cari memori
di laci hati
bertemu kita
tanpa rupa
asal saja setia dijaga
tak perlu berkata apa-apa
apalah untuk bertanya
senyumlah sahaja
>>>
Sebenarnya kita memang milik-Nya
tiada hak ke atas sesiapa
menyatakan bahawa kau milikku selamanya
atas takdir yang tak terfikir oleh kita
jadi milik kita sementara
dengan izin-Nya yang kita tolak
menjadi milik kita hingga ke syurga
>>>
kau tercinta
kau kekasih
kau pujaan
sentiasa kau kulihat indah
akan kasihmu yang setia
menjaga maruah dan ahlak sesama
memperkasa iman di dada
>>>
bila sudah kering si air mata...itu tandanya telah pasrah
hati didera...penderitaan batin yang terpendam...eloklah
usah dikenang untung nasib diri...berserah sahaja
kepada Ilahi kerana Dia lebih mengerti...apa yang
terbaik untuk diri...
>>>
Senyuman itu banyak maknanya...yang mengerti hanya
si empunya...tersimpul manis walau hati terguris...yang
penting cubalah tersenyum...kelak ia berjangkit...hilang
juga rasa yang sakit...senyum itu sunnah umpama
sedekah...pasti akhirnya terlihat bahagia...entahlah!
>>>
~Sentuhan Jiwa~
Angin
layangkan aku
menjejak rindunya
tetap kau belayar tanpa jemu
bertiup lembut dalam santun
untuk dia sahabat hatiku
Air
titislah ke jiwa
biar hanya sekali renjis
kau cuci tiap salah khilaf
yang mencelahi
segenap hatiku hatinya
kala kita saling bertautan
dalam ikhlas persahabatan
Bunga
kembangkan tiap kelopak jiwa
agar terbuka pintu hatinya
menerimaku seadanya
harumi hatiku hatinya
jangan pernah ada sengketa
antara sesama
benihkan kasih sayang
agar sentiasa mekar cinta
dalam talian ukhwwah
Rerama
kitarlah ke suatu daerah
di mana aku dan dia
dapat terbang bersama
mesra dan bahagia
ke dalam rindu kasih berpadu
tidak akan ada batas pemisah
dalam waktu maupun jarak beribu batu
Nukilan Vino Ria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan