Merpati baru bangkit
Terbang ke luar
Mencari makan
Mencari kawan
Dapat yang baik
Dibawa pulang
>>>
Kamu mengerekot dalam kesejukan
Bermain cadar dan selimut kedinginan
Tika penghawa dingin dan kipas berputaran
Semakin nikmat biarpun tanpa pelukan
Tengahhari baru bangkit mencari makan
Kulitnya di sana isinya di situ
Tak jumpa inti kaudiam membatu
Nasi dan daging dan air batu
Selamatkah di perut sebelum catu
Layakkah kamu dibuat menantu ?
Kasmaran terhadap isunya rupa
Bidalannya cantik bak jernih air kelapa
Kamu mahu urat timbul tapi berharta
Ataupun biar papa asalkan bergaya
Berbuat baik harusnya ada
>>>
INDAH PERASAAN
Kasihani diriku apa seadanya
Selagi jasadmu masih bernyawa
Suatu hari pasti termakbul jua
Segala harapan demi berdua
Selangkah beredar daripada kekalahan
Buat kita tak merasakan bebanan
Syukurlah insan nikmat NYA Tuhan
Di atas kesedaran di kiri dan kanan
Hutang kasih hutang cinta
Kepada gerangan selesaikan segera
Takut fakir sebelum meminta
Cinta kita tak dipeluk sengsara
>>>
Dalam kelangsungan hidup ini
Ada ketikanya tenang bahagia
Ada waktunya kecewa derita
Terhadap segala rasa yang ada
Perlukah bersengketa akibat cemburu
Dihujani rintik-rintik dendam yang laju
Jadi bah si airmata
Layu asmara
>>>
Tenang air laut
Tenang jiwa dia
Bila hati terpaut
Perasaan jadi kaya
Sentiasa beringat-ingat
Sebelum bersenang-lenang
Siang teringat-ingat
Malam terkenang-kenang
>>>
Bertemankan kasih serta sayang
Di perdu rindu mengukir impian
Doa kekasih malam dan siang
Melirik syahdu kenangan tepian
Ada semangat di hujung waktu
Meraih iltizam harmoni jitu
Beringat-ingat sudahlah tentu
Memeluk azam tak sekadar di pintu
>>>
Terubat luka diam tak bersuara
Memberi tangis dalam lunak jiwa
Apa pun yang pasti tiada lagi gurisan
Serta petualang yang menghampakan
Dia telah mati dalam roh cintanya sendiri
Telah terbuka langkah yang satu
Semakin jauh semakin beribu
Akan terlaksana kasih padu
Meruntuhkan tembok seteru
Sehingga kurniaan jadi jitu
>>>
Terusik semangat senja
Melihat anak-anak dunia
Ada yang sedang bekerja
Ada yang bergelak ketawa
Ada yang berduka-cita
Tidak kurang masih meronda
Berpeleseran dengan niatnya
Apakah kita masih sama
Atau telah terkurang
Juga semakin hilang
Sebutan kata yang bernama iman
Mungkinkah tidak mahu mencari
Atau hanya mahu dicari
Menanti tanpa pasti
Tulus cinta ILAHI
Bukan satu mimpi
>>>
Untung pohon berbuah lebat
Lebat di dahan berganding-ganding
Tidak serupa ubi yang diam
Kerana hasilnya tiadalah nampak
Sehingga tertanggal darinya tanah
Besar dan kecil diperolehi jua
Demikian rimbunnya di atas sana
Jika tidak dituai manusia
Jadi sedekah sebelum akhirnya
>>>
Senyuman manis bagai santapan pagi
Enak dikunyah dan ditelan oleh hati
Terasa senang sekali menjirus ke minda
Hendak diabaikan tiada rela
Lebih lazat senyuman itu
Dicampurkan bersama manis tawa
Menjadi khasiat dan zat
Digauli keimanan yang hebat
>>>
Tumbuh cendawan selepas hujan
Hujan petang berawan
Hidup berkawan tak usah dilenjan
Jangan makan kawan
Renyai tadi sudah teduh
Basah segala jemuran
Ikhlas budi tika mengaduh
Kawan sama sealiran
Kala jelang jingga matahari
Gelap senja datang
Kala dijulang bakti diberi
Kawan bak bintang
>>>
Sakit hati bila dia main-main
Makan hati bila dia degil
Panas hati bila dia pura-pura
Ambil hati bila dia marah
Berhati-hati bila berjauhan
Hatimu hatinya jua
Hati harus putih
Hati perlu seiring
Jika hati merintih
Jauhi hati yang bertaring
Bersihkan hati dengan iman
Lembutkan hati dengan pesanan
Agar hati sentiasa aman
Sebelum hati terpisah dari badan
>>>
Kau yang selalu bersisir setiap pagi
Sisiran kemas rambut berketak-ketak
Teroleng-oleng helaiannya dek pesona angin
Jadi pujaan mata hangat yang terpandang
Bak luruh dan jatuh setiap jantung
Menggetarkan urat saraf dan tunjangnya
Namun lebih elok
Sekiranya dilindungi rambutmu itu
Dengan hijab yang tak berbayangan
Barulah tiada cubaan bagi setiap bujangan
Malah kepunyaan orang
>>>
Aku mencari apa yang kaucari
Jika aku ada kau pun ada
Cuma kepunyaan ada beza
Tinggi dan rendah
Besar dan kecil
Putih atau hitam
Sibuk atau diam
Kerana selagi namanya cinta
Takkan hati puas setinggi gunung
Lalu sanggupkah kautorehkan hati sendiri
Akibat menurut nafsu yang tak sejati
Tiada dugaan tiadalah iman
Tiada usaha hilanglah keberhasilan
Nukilan Suffian Ismail Hamzah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan