TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Khamis, 14 April 2016

Seorang Budak

Seorang budak berjalan dalam sunyi
menukar airmata dengan sinar pelangi
membungkus kecelakaan dunia ini
tidak, ia hanya membiarkan pergi
dan menekan hati yang dirobek berkali-kali

Dalam kehidupan sepatutnya di sayang
kini dibayar dengan sejumlah darah yang dituang
tiada lagi harapan, ibarat tergantung
sambil dibakar hingga rentung

Ia cuba mengubah dunia dengan sebatang pena
berdakwat merah tertindih pada kertas tanpa warna
seorang budak yang masih percaya
biarpun sedar telah dipotong singkat masa
akan berhenti menangkap nafas pada udara berbau loya

Seorang budak berjalan dalam keadaan koyak
tiba-tiba langit menyapa dan mengajak naik
sebelum matahari itu menjadi panas terik

- Dhamah
>>>

Dahulu
jika kita bertanya pada awan
yang mengandungkan hujan
akan ada satu petir yang berdentum
dan membelah anak bumi
dan berkecai
dan hancur
dan…

Dahulu
jika kita bertanya pada matahari
yang megah bersinarkan terik mentari
akan ada satu perik takik yang menjunam
ke lautan dalam
dan habannya
dan cahayanya
dan keringnya
dan…

Dan aku idamkan aiskrim berwarna pelangi diterik tengahari ini.

- IbnuAmar

BERAKIT KE LANGIT

Tiada ulasan: