TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

TEMAN

Teman
ada ketika aku ingin bertanya
saat kau hadir disisi
ingin ku tahu hatimu
pada sebuah ikatan.

Teman
dalam hidup ini
tidak semua impian jadi realiti
kadang hanya tinggal angan yang kosong
tanpa ada penyudahnya.

Teman
begitu juga impian dan harapanku
ku ingin bertanya
kerana aku tahu tanpa usaha
tak mungkin terbina.

Mengertilah....

Zuriada Dewi
Batu Kurau
150816

>>>

Kerana Sayang
kerana sayang
aku menunggu hadirmu
menghiasi warna hidupku dengan cinta

Kerana sayang
aku berikan harapan
untuk kau ciptakan impian
bahagia kita berdua
kini kerana sayang
aku kehilanganmu
dengan rela ku lepaskan cinta ini
kerana sayangku tidak bererti lagi.

Zuraida Dewi
Batu Kurau

Tiada ulasan: