TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

DUHAI SAHABATKU
-Untuk Mu Suatu Masa Nanti
(JAGA HATI DAN JAGA DIRI)

Suatu masa nanti
akan ada seseorang yang cukup baik
budinya untuk membuat kamu
rasa tertarik ..

Cukup luas hatinya
untuk tempatmu tinggal dan sungguh
bijaksana fikirannya untuk kamu
ajak berbicara ..

Kamu tidak perlu
untuk menjadi orang lain demi untuk
mempertahankan seseorang dan
tetaplah jadi diri sendiri ..

Kamu pun tidak perlu
untuk menuntut orang lain menerima
keadaanmu bila dia memang tidak
mampu tuk menerimanya ..
... kerana yang baik belum tentu
ia sesungguhnya

Kamu... insan yang baik itu
banyak sekali, maka hanya ada satu
sebaik-baiknya dan selebihnya
hanya ujian untukmu ..

Kamu tak pernah tahu
siapakah sesungguhnya hingga sampai
datangnya hari akad nanti ..

Maka tetaplah jaga diri
dan hati selayaknya demi menjaga dia
yang paling berharga untukmu ..
Kerana kamu sangat berharga
untuk seseorang yang sangat berharga
buatmu nantinya ..

Suatu masa nanti
akan ada seseorang yang cukup baik
dan cukup luas hatinya untuk
kamu bersama ..
.. cukup kuat kakinya untuk kamu
ajak jalan bersama

Mungkin lebih dari itu
dia mampu menerimamu yang juga
serba cukup seadanya kamu ..

WariS MS-LelangitSenja
Catatan Hati Besi Untuk Halaman Nota Kechil Ku ...

>>>

saat kau memandang coretan ini
ingatilah aku
yang sentiasa memiliki
warna ini ..

hari ini
aku berpakaian kemas serba
romantis ..
untuk mengubati
rindu yang melanda didalam
hati ini ..

.. kala kau terpandang disini
senyumlah sayang
kerna ku tinggalkan jejak
untukmu kenangi ...

>>>

bila aku merindukan dirimu
seringkali dirimu yang
menerpa diingatan

membuatkan diriku sering
terkenang akan senyuman
dan lukisan wajahmu

rindu ini sering menyentuh
hatiku membuatkan diriku
terkenang akan dirimu

kaulah teman..kaulah kesayangan
yang bersinar dihatiku ...

>>>

Seringkali
ku tertanya dan perhatikan
timbulnya pelangi..

dicelah celah awan
ada warna-warna nan suram
berteduh dikala hujan ..

ku perhatikan lagi
dihujungnya hilang menyembunyikan
akan diri..

ketika aku bermenung
dengan hembusan renyainya
hujan menyapa diwajah

bercampur tanda tanya
kehairanan di benak akal fikiran
ku ini..

ku melihat gadis gila ku
menghilang didalam kabus malam
nan sunyi..

sayu nya hati. kikiki

>>>

SUSAHKAN HENDAK BERLAKU IKHLAS

Cuba-cuba tuk ikhlas
dengan hati sesungguh-sungguhnya
amat payah juga kan ..

Walaupun kita cuba
tuk ikhlas kerana Allah semata-mata
tersangkut juga kerana lainnya ..

Cuba ikhlas kerana Allah
namun terselit jua sedikit rasa kerana
sebuah nama ..

Ada juga kerana Allah
tapi terselit juga kerana apa atau jangan
kata orang pada kita ..

Ada juga kerana Allah
namun kerana kehidupan tercampur
juga gayanya ..

Nampaknya hanya
buat sekadar bersyariat hati saja ada
kerana selain Allah juga ..

Lahir bersyariat
rupanya di dalam hati langsung tidak
bersyariat amalnya ..
... luar dengan dalam tidak sama

Di sinilah kita
menjadi tanda tanya, mesti di dalam hati
ada apa-apa kan ..

Apabila dipuji
buat kerja Tuhan rajin, kalau tidak dipuji
akan main-main ..

Mengapa ada perbezaan begitu??
Mestilah ada apa-apa kan
perbuatan yang sama kualitinya berbeza
betul kan ...

Namun perbezaan itulah
yang menjadi satu tanda tanya , mesti
di dalam hati ada yang tidak kena ..

Sungguh susah kan
hendak ikhlas kerana ia kerja hati
namun apakah ikhlas itu adalah roh
atau nyawa ibadah ..
masing-masing boleh menjawabnya ??..

WariS MS-LelangitSenja

>>>

CATATAN KEHIDUPAN

-langkah itu
Kakiku
terhenti di sini di saat aku
menginjak tanah
kering ..

Langkah itu kian
terasa ringan dan mudah
tuk melangkah di tanah
yang kering ..

Begitulah indahnya
saat hidup ini untuk berjalan
kasih serta kemanjaan

Adalah suatu
kebahagiaan yang terlukis
bersama kemudahan
kaki melangkah ..

Dan ku bersyukur kurniaNya
Dan kala kakiku terhenti
disaat kaki menginjak tanah
berbatuan ..

Langkah itu kian
terasa menyakitkan jari-jari
kaki saat tersandung
batu-batuan ..

Malah bisa terjatuh dan luka
Walau kadang
jatuh dan terluka, ku tetap terus
terus dan terus langkahkan
kakiku ..

Kerana waktu
tetap terus berjalan dan tak bisa
diubah lagi ..

WariS MS-LelangitSenja AUG 11,2016

>>>

MALAYSIA KU TANAH MERDEKA
INILAH MALAYSIA
TANAHKU BERTUAH BUMIKU YANG
MERDEKA ..
TANAH TERPILIH
DARI DARAH PERJUANGAN BANGSA
YANG LALU ..
TANAH TERJAJAH
YANG MENUMPAHKAN TITIS DARAH
MERAH ..
DAN TAKKAN
KU GADAI PADA MANUSIA HALOBA
PEMBELOT BANGSA ..
TANAH INI TANAH PUSAKAKU
TIADA TERNILAI HARGANYA KEPADA
SESIAPA ..
KERANA TANAH INI TANAHAIRKU
DARI DARAH SI PEJUANG TERBILANG
MOYANG KU ..
TANAH INI TANAH PUSAKAKU
HANYA PADAMU KAMI BERSUMPAH
DAN SETIA ..
KERANA TANAH INI TANAHAIRKU
HANYA TUK BANGSA BERHATI WAJA
BERTULANG GANGSA ..
PADAMU JUA MALAYSIA
KASIH KU TUMPAH MELIMPAH RUAH
BUMIMU BERTUAH ..
DAN KAMILAH INSAN
YANG PALING BERTUAH MENDUDUKI
BUMIMU MALAYSIA ..
TANAH BERDARAH TANAH MERDEKA
DARI HIKAYAT SEJARAH BANGSA ..

WariaS MS-LelangitSenja AUG 10 ,2016

>>>

TERSIKSA HATI

-seperti itulah.
Saat hati tersiksa
seperti segelintir kusam jadinya
berkarat adanya pula ..

Hingga ada tangkai
bisa patah menjadi berkepingan
menusuk kalbu ..

Saat aku menyebut
namamu dengan suara tertahan
dari jantungku ..

Saat itulah aku
merindukanmu yang tergambar
dalam nadiku ..

Namun langkahan ku
seperti pelabuhan yang kosong
tanpa kunjungan kamu ..

Dan aku sering
memaksa jendela ini tuk mengerti
akan kerinduanku ..

Mungkin kau kata aku gila
saat aku bercerita dan cuba menulis
namamu pada rindu ..

Tapi dengan cara inilah
aku masih bisa tuk merindukanmu
dalam cara sederhana ..
Sungguh menyedihkan .. kan ..

Namun ini hanya
sesuatu yang sederhana disetiap
hidupku apa adanya ..
... tidak di seluruh hatiku.
WariS MS-LelangitSenja AUG 10,2016

>>>

Aku ingin bangun
mengemas kasih
yang diusik angin biru.

Entah,
angin sekali ini
meliuk-liukkan tarinya.

Mungkin,
terlalu ingin
menatap rindu nan jauh.

Mungkin,
sekadar merisik
khabar salam...

>>>

Salam Sayang...
tabir antara kita di selak lagi
merenung pada berjuta baris
kata-kata cinta yang tertulis
terluah dihamparan hati.

rindu yang menusuk jiwa
menjadikan diri ini tegar
saat menunggu dan menanti.

bila dibuka
lembaran pada dada langit
masih banyak impian bergantungan
disebalik gugusan awan yang memutih.

pada musim-musim yang lalu
ku teringat kata kata cinta
yang teralun indah memujuk jiwa
membuka cinta untuk kau beradu di hati

>>>

SEBUAH RASA

-hasrat
Terkadang
bukan ku tak sempat ataupun
ku tak lagi berniat ..
Ia hanya
sebuah tekad tak cukup kuat
tuk sebuah rasa ..

Namun
segalanya amat begitu sukar
tak pernah mudah ..

Kucuba
tuk hindari dari menorehkan
luka dihati ..

Dan ingin
membuatmu selalu bahagia
secercah harapan ..

Namun kadang
hasrat hati buatku tak bisa
mengenggam mimpi ..
Tentang cinta ..
Tentang rindu ..

Tentang dua hati ..
Yang keterbatasan ..
Dan kutulis sebuah puisi
yang terpendam dibatas jarak
memisahkan ..

Terima kasih
diatas sebuah rasa yang telah
kau sampaikan ..

... sebagai sebuah hamparan
Yang Terindah ..

WariS MS-LelangitSenja AUG 10,2016

>>>

Aduhai sahabatku

Kejarlah impianmu
yang kau ingini, bukan sekadar
ilusi tetapi sebuah realiti ..

Kesengsaraan diawal
perlu kau hadapi, kerna mahalnya
erti bahagia yang akan
engkau kecapi ..

Aduhai sahabatku

Teguhkan integriti
cekalkan hati, teruskan langkahmu
menuju destinasti ..

Agar kelak
kaukan rasai, betapa indah erti
kesabaranmu ini ..

Aduhai sahabatku
Munajat kasih
disepertiga dihari indah, ditemani
tasbih memuji nama ilahi ..

Mintalah pada-Nya
apa yang terbenak dihati, agar
termakbul suatu hari nanti ..

WariS MS-LelangitSenja

>>>

Semalam jua
Datangmu bersama suria
Yang memancar seindah pelangi
Membisik suara kedamaian
Mengelus perlahan di tabir masa
Mengejari ombak-ombak harapan membunga
Menyulam menjadi ukiran hidup
Cantik luhur penuh bermakna.....
-
WariS MS-LelangitSenja
catatan rasa....

>>>

Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
-
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini
-
Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
akan ku tunjukkan lah di mana
-
Ruang hati untuknya
Yang masih belum di huni?
-
Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
-
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda
-
Tiada pengganti bisa hadir
Dan mampu menyembuh
-
Rawan di hati meleraikan
Semangat ku runtuh
-
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih
-
Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
-
Kini....
Aku hilang di dalam gelita kalbu..
-
WariS MS-LelangitSenja
catatan rasa....

>>>

Kau dikebas,
Aku melepas.
-
Kapalmu berlepas,
Keretaku terbabas.
-
Pulang naik bas,
Makan gula kapas.
-
Pegangan eratku terlepas,
Kudapanku dilangkah lipas.
-
Jariku hidupkan kipas,
Imbauan wajahmu terimbas.
-
Semak samun aku tebas,
Semua benda aku libas.
-
Hatiku bagai terhempas,
Hatimu mengucap syabas.
-
Kau jadi bebas
Aku jadi hampas..
-
WariS MS-LelangitSenja
catatan sengal..

>>>

Bila rindu mencengkam jiwa..
tatkala cinta membasahi hati..
ku sujud di laman suci..
mengajak redha menyiram dirinya..

>>>

ku perhatikan
timbulnya garisan garisan indah
pelangi ..

warna-warna suram
dikala hujan berteduh di awanan
kelabu ..

ku perhatikan
di hujungnya ada setitik garisan
yang hilang

seolah olah
ingin menyembunyikan akan diri
dari mimpi..

seketika aku bermenung
jauh bersama rinai hujan menitik
kebumi ..

ku melihat hembusan bayu
menyapa wajahmu bersama air
mata kesedihan ..

mengapa begitu??...

Nukilan Musafir Senja

Tiada ulasan: