TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Jumaat, 12 Ogos 2016

736 saat telah pun berlalu
Kini detik lain berganti
Majas rembulan
Vokal konsonan
Dicantum dan digubah
Jadi luahan puisi indah
Dari lelaki temaram petang teruntuk
Wanita kemilau rembulan
736 saat kini pun baru mula
.... sekarang

- IbnuAmar

>>>

Cuaca di Kuantan tenang namun sugul
Hidup berjalan seperti biasa
Namun berbeza suasana
Masa bagai pantas berlari
Namun ada yang bagai enggan beranjak pergi
Kelilingnya riuh suasana
Namun disini..ia
Terhenti..meratap menghiba

Salam indah Kuantan
Hidup azalinya satu putaran
Putaran yang hanya menganjak kedepan
Dan meninggalkan mereka yang enggan

Yan

>>>

Alam xkn pena berhenti berputar
Wlu di tulis brbagai cerita
Tp kita sllu melawan arah
Wlu tau hnya mndtgkn masalh
Namun...
Kita jg la yg mmbentuk alam ini
Mnjd taman yg indah mewarna
Dgn brbagai wrna yg terang dn gelap
Dn kita telah mnjd penilai tetap
Dgn brbagai puji dn keji...

- KayuLastik

>>>

Satria Bangsa

Berkibar dalam syair sang saka
Berkibar dalam puisi Malaysia
Untuk meraih Cita cita merdeka
Perjuangan anak bangsa
Bersatu dalam semangat jiwa
Bergema di jagat nusantara
Untuk meraih prentasi dan karya
Merdeka…
Kata yang penuh dengan makna
Bertahta dalam raga perjuang negara...
Bermandikan darah dan air mata

Merdeka…
Perjuangan tanpa henti untuk negara tercinta...
Memberi kejayaan negara kita Berjaya...
Merdeka…
Harta yang tak ternilai harganya
Menjadi semangat pemimpin bangsa....
Untuk tampil di Era dunia...
Hargailah Pahlawan kita
Nenek moyang kita...
kerana pergobanan dia negara merdeka...

Farid krx

>>>

ku titipkan puisi KEMERDEKAAN

INI MALAYSIA KU TANAH MERDEKA

Inilah malaysia
tanahku bertuah bumiku yang
merdeka ..

Tanah terpilih
dari darah perjuangan bangsa
yang lalu ..

Tanah pernah terjajah
yang menumpaskan titis darah
merah ..

Dan tak kan
kugadai pada manusia haloba
pembelot bangsa ..

Kerana tanah ini
tanahair ku yang tiada ternilai
harganya pada sesiapa

Tanah ini tanah pusakaku
hasil darah pejuang terbilang
moyangku ..

Kerana tanah ini tanahair ku
hanya padamu kami bersumpah
dan setia ..

Dan tanah ini tanah pusakaku
hanya tuk bangsa berhati waja
bertulang gangsa ..

Hanya padamu jua malaysia
kasihku tumpah melimpah ruah
bumimu bertuah ..

Dan kamilah insan
yang paling bertuah menduduki
bumimu malaysia ..

Tanah berdarah tanah merdeka
dari hikayat sejarah bangsa
negaraku malaysia ..

WariaS MS-LelangitSenja AUG 10 ,2016

>>>

Sepertinya malam enggan datang memeluk
Sekejap lagi mungkin
Dari sempadan yang memisahkan
Dari sebuah kisah Ammar dan Gadis Tionghua
Dan agungnya cinta
Di tempat yang waktu sebenarnya sama
Hanya beza pada zon-zon masa

Ibnuamar

>>>

Rindu apakah ini
berlari mengejar angin
beradu mengejar mimpi...
sedangkan aku makin jauh bersama nafas yang makin sempit..
Adakah aku berhutang denganmu rindu...

- LezaihasraLM

BERAKIT KE LANGIT
©2016

Tiada ulasan: