TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

PERGILAH

Duhai teman seiring sejalan
Dahulu kita dalam pengakuan
Erat bersandar berbahukan taulan
Redha biarpun beranjau haluan
Sedikit sebutan apakah tersayat
Dalam hatimu titisannya berat
Adakah keegoan membezakan ayat
Sebagai paku tertinggal berkarat
Jika tiada lagi diperlukan
Hijrahlah engkau tak perlu kujurangkan
Dingin panas atau tak makan
Telah terbiasa aku ditinggalkan

>>>

Senja ini bingung
Trauma yang dulu bertiup
Jadi keping-keping memori
Pedas cili tak dirasai lagi
Namun keputusan kuhormati
Tidak aku menggeletek kembali
Lagipun aku sedang tersedar
Begitu daifnya petualang janji
Yang dinodai mungkir tuli
Benar juga sepertimana pesanan
Pergilah menyambut langit teduhan
Kerana awanku masih putih
Damai di sini tak buat ku letih

>>>

PONTIANAK

Sedang ilaian suara bergema
Ketika sedap menidurkan lena
Kisah lucu dan gurauan bersama
Menjadi bahan cerita dan pena
Auratmu suara salah satunya
Dosa mendapat selagi bersengaja
Apabila ketawa ada tahapnya
Kerusi pun tahu nyorok di bawah meja

>>>

MESYUARAT MALAM KERINDUAN

Meja bukanlah destinasi terakhir
Buat kami melepaskan rasa rindu
Bangku juga bukan propsnya
Rindu itu tertinggal dalam sesuatu
Yang semua insan punyai
Segalanya lahir di situ
Gembira atau sepi
Tiada pula kulepaskan rindu ke angin
Tidak pula di depan catukan api lilin
Kubebaskan rindu di dalamnya
Tempat yang gelap tapi bercahaya
Rindu adalah anugerah
Boleh jadi indah boleh jadi parah
Tak perlu gusar dan susah
Lebih berkat rindu kepada ALLAH

>>>

Biarkan keresahan pergi berlalu
Sekalipun di saat hati kelu
Terbuanglah tangisan jiwa nan pilu
Di setiap rakaat berharap selalu

>>>

Saban waktu yang terkulai
Tiada kuterlihat lagi sinaran
Daripada mata dan jiwa
Kugerakkan kolek hati
Mudik ke muara kasih
Berpelana di pantai berbisik
Tercari-cari pondok cinta usang
Yang telah lama ditinggalkan
Mahu tak mahu kuberjalan jua
Menjadi perentas masa
Menjadi pemburu cinta
Dalam kesabaran yang kian sedikit
Dalam katabahan yang kini membukit
Aku putuskan untuk tidak berhenti
Maka terputuslah seruanku
Untuk mendatangimu

>>>

PERGILAH

Duhai teman seiring sejalan
Dahulu kita dalam pengakuan
Erat bersandar berbahukan taulan
Redha biarpun beranjau haluan
Sedikit sebutan apakah tersayat
Dalam hatimu titisannya berat
Adakah keegoan membezakan ayat
Sebagai paku tertinggal berkarat
Jika tiada lagi diperlukan
Hijrahlah engkau tak perlu kujurangkan
Dingin panas atau tak makan
Telah terbiasa aku ditinggalkan

>>>

TAK BIASA

Aku tak biasa merindu
Dalam tempoh yang lama
Ketika dikau tiada di sini
Seribu kebimbangan kuhadapkan
Ke seluruh pelusuk naluri
Aku tak biasa berjauhan
Dalam keadaan dikau berat
Berat dengan jutaan kerumitan
Sesak dadaku untuk memikirkan
Sekalipun alam maya di dalam tangan
Aku tak biasa telinga dicuit sakit
Oleh ceritera yang bertohmahan
Mengundang ratusan berita memualkan
Terlalu muak untuk kudengarkan
Gurisan hati belum berparut

>>>

SENGAJA MELAYAN

Sengaja melewat-lewatkan
Akan ketibaan di rumah lara
Tercungap-cungap
Termengah-mengah
Setelah puas meredah
Badai lalulintas jalan raya
Sengaja juga tapau demi perut
Ketika hati berbisik
'Malam nanti tak perlu kalut'
Dengan kepala yang pusing
Telinga dicuit ngiauan si kucing
Kubebaskan dari perangkap jaring
Sengaja pula berbaring
Dalam ruang segiempat ini
Sedang di luar riuh dan kecoh
Bergema kabus tebal
Si penghalau nyamuk
Bertambah pening

>>>

Tiada rupa orang tak kenal
Tiada nama orang tak tahu
Tiada maruah apatah lagi
Tiada bersolat kosong erti
Tiada erti akhirat rugi
Bercinta dengan orang muda
Berkawan dengan teman biasa
Bersahabat dengan orang beradab
Berdamping dengan suci kitab
Bermunajat dengan penuh nasihat
Tanpa ibu siapalah kita
Tanpa ayah tinggikah makna
Tanpa cahaya bengkoklah jalan
Tanpa cinta kepada Tuhan
Tiada nafas segar di fikiran

>>>

KEKUDA MOTOSIKALMU

Semalam telah kutuliskan
Rangkapan syahdu-syahdan
Tentang kamu yang kelaparan
Lapar dengan minyak
Lapar dengan enjin
Lapar dengan 'vroom..vroom..'
Tetapi arjunaku tidak sesekali
Tergoda oleh kesuma keinginanmu
Yang telah lama berdendam kesumat
Untuk memiliki dan mengenderai
Satu rekaan makhluk bernama manusia
Yang hampir-hampir sinonim
Dengan basikal tua arwah atukmu
Pergilah kamu dengan minda telanjang
Berambuslah membawa erti hidup
Yang bagimu sangat remeh
Lagi meremehkan
Aku sekadar seperti selalu
Duduk di bangku
Tanpa melayan
Bisingnya pecutanmu

>>>

LEMPARKAN SENYUMAN

Sepasang bibir tirus
Senyuman biarlah lurus
Terus ke mata yang melihat
Supaya jerlus ke dalam hati
Tak kisahlah kamu siapa
Orang muda atau orang tua
Kurang berjaya atau si kaya
Bukan nak minta bayaran pun
Jauh sekali berhutang
Bila orang terpandang
Sejuklah jiwa bagai ditatang
Membaca status atau komen
Bermain 'game' atau tonton video
Boleh saja kamu senyum
Malah berlebih-lebihan ketawa
Apatah lagi mengutuskan senyuman
Sebagai hadiah sedikit pengorbanan
Kerja apa pun semuanya penat
Jangan pula senyum berkarat

>>>

GERAK CINTA

Memintal mata mengait pandangan
Tidakkah sama kecamuk di dalam
Bertukar pendapat sesama teman
Apakah yang terzahir elok pilihan
Sekali terjebak rosak jalanan
Bayangan firasat berkerdipan

Tak mahu menang tak ingin kalah
Bersedialah perasaan yang nak lelah
Kaupatahkan dendam berperanglah
Amukan rindu sedikit parah
Sendiri tanggung sendiri tabah
Jangan terhantuk baru tengadah

>>>

SERIBU SINDIRAN

Kukemaskan laman awak sepahkan
Kucuci pinggan yang awak jelikkan
Kusiramkan tanaman najis direnjiskan
Kupulang penat kipas ditutupkan

Beransur pula serbu ke luar
Tinggalkan hariku serba tawar
Begini ayat yang tersiar
'Asalkan jumpa jalan keluar'

Memang demikian lakunya madah
Keladi nan degil jernih tak tertadah
Berpakulah nurani beralah pindah
'Jangan tak bertemu jalan pulang sudah!'

>>>

SI TUKANG CINTA

Hari telah pun malam
Si dia masih berdendang
Dengan seragam senyuman
Ingin memiliki busana idaman
Tentang cinta yang kudus
Tentang rindu yang telus
Tentang asmara yang tulus
Selagi berupaya mendirikan cinta
Berpakukan kesetiaan
Bertanggakan kejujuran
Ditambah pula baji keikhlasan
Dengan cita-cita agam
Besar hati tak mahu hitam
Susunkan selipar dan sepatu waktumu
Tanpa celoreng lumpur cemburu
Biar kelihatan kemas dan indah
Agar selesa bersantapkan ramah
Jika kau alah
Belum pun siap banglo perkasihanmu
Bumbung dah tumpah

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

Tiada ulasan: