Teguh Berdiri
Lontaran demi lontaran menikam hati..
Tak mampu Aku menolak walau seinci..
Namun ku tetap terima luka Dan duka dihati..
Walaupun kebenarannya telah diakui..
Tidak kau mengerti..
Berdiam diri lebih bererti..
Di saat saat ini..
Kerana cinta yang suci tetapkan suci..
Walau di lembah hina..
Sampai masa nanti kau kan mengerti..
Kenyataan cinta sejati..
Jangan kau kesali jika aku berlalu pergi..
kau tetap ku hargai..
Walau lontaran kecil yang kau beri..
Satu demi satu kesilapan ku..
Kau jadikan untuk pertahankan diri..
Tiada kesungguhan mempertahankan..
Cinta yang ingin kau miliki..
Malah kau berpaling terus mencari..
Aku terus berlalu pergi..
Membuka hati menerima cinta yang abadi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan