Sering wajahmu bermain di mata
walau dikau jauh nun di sana
bukan hanya lafasan di bibir sahaja
atau mewarkahkan kata-kata indah
Dikau hadir di waktu aku berduka
dengan belaian kasih penuh mesra
bujukkanmu penuh dengan manja
membuai aku bindu dibuatnya
terkhayal di setiap masa
bukan fantasi tapi di alam nyata
mewangi menceriakan aku setiap hari
di dinding-dinding kesepian dinyala api-api cinta
iaitu dikau kasih yang aku sayang
di sana tersenyum sendirian
>>>
Berhati-hatilah menarikan tarian cinta
di dalam puisi kamu baitkan kata
kelak terfana pasti, ...kan terpesona
akan sebuah harapan si pembaca memuja
memuja cinta terlakar di dalamnya
bait-bait kata dirasakan terlahir untuk dirinya
walau dirimu hanya penglipurlara
telah terasuh dek benang asmara sang pujangga
melakar kata untuk hiburan semua.
>>>
Pabila matamu berkaca
membias sekuntum senyuman cinta
bagai obor menyala
menyinari kamar asmara
aku yang merasa getarnya
debaran kasih cinta yang meronta
betapa nilai laut kasihmu cukup berharga
dan aku tak mungkin berpaling mendua cinta
kerana telah kuserah jiwa raga
tanpa paksa.
>>>
demi memiliki
keikhlasan laut kasihmu
aku redha terpenjara dalam janji
kerana apa yang ingin kumiliki
tersedia menanti
tidak sekali kukesali
tidak sekali membawa rugi
dikau anugerah Ilahi
amanah suci.
>>>
aku tidak pernah melupa
dari bawah kita daki bersama
dari anak tangga ke anak tangga
terjatuh luka berdarah jiwa
kita bangkit kembali menuju takhta
dek janji sumpah setia seia sekata
mempertahankan selaut kasih anugerah Yang Esa.
>>>
Percayalah...
tenunan sulaman kasihku
dan anyaman rinduku
masih untukmu
hanya dirimu bertakhta
di benakku...
'Demi Cinta, Kasih Sayang Dan Rindu'...aku masih di sini...
>>>
kerana mencintai
tiada pernah ada benci
walau hati telah dilukai
bayangan wajah dirindui
andai aku telah tiada
andai aku telah pejamkan mata
kasih sayangku tetap ada
buatmu yang kupuja.
>>>
usah biar kubersendirian
kerana hidup ini, ...kan kelam
tanpa dirimu Nek Kebayan
mengharungi rencam malam
di kamar keseorangan.
usah biar kukesepian
saat dikau berpergian
tinggalkan bekalan
semerbak wangian
laut kasihmu yang mengasyikan.
>>>
Sayang
terima kasih hadir tika ini
saat diri tenggelam dalam rindu
rindu yang terhimpun lesu
tidak bermaya menyedut udara layu
titis jernih sebak mengalir
melihat senyuman yang indah
dari bibirmu yang merah
huluran kasih kaupamirkan
buat daku yang muram.
sayang
usah berulangkali
cukuplah segala diuji
yang menyeksa diri
tidak termampu menyakiti
hati-hati milikmu yang abadi.
>>>
Kusingkap tabir malam
cuba menyingkap akan rahsia alam
penuh misteri kepekatan kelam
terdampar sepi di tepian kolam
air berkocak kian menikam
dada dicengkam bercengkaman suram
kalbu meruap hamparan silam
madahku menghilang di langit hitam.
Aku terdiam tanganku terkiam.
>>>
Lantera alam semakin terang
menyuluh kelam kehangatan semalam
membelai jiwa ketandusan asmara
langit dan bumi, samudera dan angkasa
bertautan sejiwa
membelangkas sentiasa
namun aku! ... aku hanyalah sebatangkara
insan papa
ke mana pergi tiada penemannya
pulangnya pula nanti
tiada siapa yang akan menyedarinya
hilanglah jasad, hilanglah nyawa dan hilanglah jiwa
tanpa sapa, tanpa bicara ... tanpa talkin dibaca
sebagai satu upacara pengebumian ... ,
jenazah cinta.
>>>
wahai Nek Kebayan ku
Puas kutipu alasan beribu
beribu batu longlai langkahku
langkah menyembunyi perasaan sebenarku
sebenarnya aku amat merindui kamu
kamu aduhai kekasih hatiku
hatiku menjeruk dendam memilu
memilu membendung ingin ketemu
ketemu dirimu melepaskan rindu
rindu bertapuk semakin mendalam di hatiku
hatiku cuba meleraikan agar tidak mengganggu
mengganggu dirimu saban malam berlagu
berlagu mendayu menyemat utuh kalbumu
kalbumu yang amat kudambakan selalu
selalu bermain di minda batinku
batinku menjerit memalu mengadu
mengadu bahawa aku amat mencintai dirimu
dirimu yang kucinta dan amat kurindui
tiap detik dan tika tidak terbendung lagi.
>>>
Berderau darah hebat derauannya
berdegup jantung kencang degupannya
memainkan rasa gelora melanda
berkata di dada, apakah ini suatu tanda
lukisan di jiwa
terlakar di pandangan mata
badai menyapa
ranaplah sebuah kota,
kota cinta;
... cinta kita.
>>>
pabila kumenulis bait-bait puisi
aku jadi lupa siapa diri ini
jari jemari menari
seakan tak mahu berhenti
tapi setelah kusedari diri
itulah cetusan tinta hati
yang ingin kukongsi
imiginasi mahupun realiti
hati dan jemari selalunya sejoli........
>>>
Duhai pujangga hati
seandainya cintaku dan kasihmu
masih utuh
di pelaminan impian
rela kumenanti
dengan setianya...
'Meredah Jua Biarpun Pedih'...kerena ketulusan cintaku tak
pernah mengalah...
>>>
Dari sinar matamu
tertulis rahsia kalbu
yang hanya kutahu
garis-garis waktu
jadi penentu...
Dari sinar matamu
tersingkap rahsia cinta lalu
yang membuat hatiku sayu
mengenang dalam pilu
setelah kita ketemu...
Dari sinar matamu
kugubah puisi rindu
untuk kunyayikan semerdu
menyampaikan hasrat kepadamu
kembali menyatu...
Dari sinar matamu
kutahu
masih ada ruang untukku
di kamar hatimu
yang kosong sejak waktu itu...
Dari sinar matamu
terukir senyuman yang telah layu
membuka lembaran baru
kasih berpadu
ke pelamin bakdu...
>>>
Sedih pilu menyelubungiku
terluka pedih ragaku
tika dikau menyisihkan
aku dari sisimu
terlontar jauh dari hatimu
Saat aku menitiskan airmata
mengingati dirimu
jiwa ragaku tak
menentu, ingin
rasanya menggapaimu
Merintis bebulir kealpaan
menyeret aku ke dasar
lautan cinta yang tak
kesampaian, namun aku
tetap mengharap dirimu
Kemelut rantaian kasih
mendakap aku
menarik aku
membenamku dalam
lubuk hatimu
Tak bisa aku menolak
kala cinta dan rindu
mencengkam erat
belati sukmaku
meraih, merintih
Bagaikan tersepuk
dalam angsana rentetan
mengemudi pelayaran
rindu, berlabuh
di pelantara sayu..
'Meratap Kesayupan, Tika Dirimu Menyisihku Dari Sisimu'... tetap berdiri aku
sebagai pecinta setia...
>>>
Duhai permata hatiku
percintaan ini sungguh indah buatku
seindah pelangi di awan biru
di kanvas alam kutulis namamu
akan kuhias dengan cintaku
agar kekal selamanya
Nukilan Bentayan Moden
Tiada ulasan:
Catat Ulasan