TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Hantarkan aku ke hatimu. Jika dengan begitu aku mampu
menghangatkan harimu. Mengucup mimpi-mimpimu.
Mengiringi jalanmu yang berliku. Menjadi kertas atas pena
yang kau goreskan.
Hantarkan aku ke hatimu. Jika itu akan menghilangkan
gundahmu. Menyembuhkan lukamu. Pemberi senyum setiap
fajarmu. Dan menjadi embun dalam dahagamu.

>>>

Aku adalah seorang aku yang mendambakan
cinta… mengharap agar diri dicintai… di
sayangi dan dikasihi untuk sepanjang hayatku..
ingin membuka dan menutup mata di sisi
orang yang dicintai…

Cinta.. fitrah kehidupan seorang insan
memerlukan cinta.. ingin mencintai dan
dicintai... bukan mudah untuk mencari cinta..
bukan mudah untuk dicintai.. dan bukan
mudah untuk dicintai...

Seorang aku hidup dalam sepi dan dalam
penantian… walau cinta telah hadir… aku
masih sepi di sini… memang benar penantian
itu menyeksakan… derita rasanya dalam
kesepian ini…

Rindu.. sepi itu telah mengajar aku ertinya
rindu.. rindu kasihnya… rindu segala-galanya…
rindu ini tidak bertepi… terlalu dalam rindu
ini hingga tidak terselam…

>>>

" Ikatan Antara Kita "
Kita membina rasa
dengan jalinan ikatan
bersama meniti kerinduan
yang maha dalam.
Kita eratkan ikatan
dengan satu keakraban
Namun jalinan ini
adalah tanda
bahawa kita pernah bersua
di mayapada.

>>>

Dari satu pandangan biasa menjadi satu
renungan…
Dari sekilas pandang menjadi satu
tatapan…
Dari mata hati mula terpaut…
Dari Satu perkenalan yang ringkas mula
mengeratkan satu hubungan…
Dari suara telah menggetarkan jiwa…
Hati tak tenang.. fikiran melayang…
Itu lah hebatnya satu permulaan…
Dari hari ke hari terbitnya rasa senang…
Gembira.. ceria mula tergambar…
Tiada sengketa tiada curiga…
Semuanya elok di pandang dari luar dan
dalam..
Dari rindu adanya sayang…
Dari sayang mula terbitnya cinta..
Kenapa?
Sebab hati tidak mampu kehilangan si dia
yang membuat kita tersenyum bahagia…
Bila munculnya cinta…
Rasa curiga mula menjelma…
Rasa cemburu mula membara…
Rasa resah gelisah melanda di jiwa…
Hati meronta seolah- olah ada selumbar
berbisa…
Kenapa?
Sebab itulah hakikat fasa percintaan….
Sebenarnya semua itu hanyalah dugaan…

Tanpa silap dan salah..
tiada lah hubungan yang bahagia..
tiada erti untuk memperkerbaiki
kelemahan diri..
tiada ruang untuk menilai kebaikan
pasangan..
tiada kesempatan untuk kita kenal siapa
dia yang sebenarnya…

Dalam mencari sebuah kebahagiaan
pengorbanan perlu dilakukan…
Kejujuran perlu dipamerkan..
Keikhlasan perlu diterapkan..
Kepintaran yang memainkan peranan…
Ketabahan menjadi kekuatan..
Kesabaran dapat menjamin masa depan…

Insyaallah….

Rindu + sayang = cinta
Sabar + tabah = kunci sinaran
Kejujuran + keikhlasan = kesempurnaan
Menerima + keikhlasan = kebahagiaan

Aque
230813
23:30
Kenangan yang terindah

>>>

Sayaaang... cintaa.. rindu.. (kamu)
Bagaimana aku harus melupakanmu?
Jika setiap hari aku selalu mengingatmu.
Bagaimana aku bisa membencimu?
Jika setiap saat aku merindukanmu.
Bagaimana aku untuk tidak peduli padamu??
Jika setiap hari selalu menanyakan kabarmu.
Bagaimana pula aku bisa berhenti mencintaimu?
Jika bayangmu selalu ada dibenakku,
Jika wajahmu selalu di mataku,
Jika namamu selalu dihatiku,
Jika kasihmu telah merasuki jiwaku...
Aku semakin sayaaang padamu,
Semakin cinta....
Dan rinduku pun semakin dalam.
Untukmu..

Nukilan Aque SaMe

Tiada ulasan: